IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim berkenaan berangkat ke Rumah Terbuka Malaysia Madani di Taman Tema Lost World of Tambun, di sini pada Khamis.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Majlis yang dihadiri kira-kira 30,000 pengunjung itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sejurus berangkat tiba sekitar jam 8.20 malam, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara diiringi ke meja santapan untuk menikmati juadah raya yang dihidangkan termasuk lemang, ketupat dan rendang ayam.

Sebelum majlis bermula, sebaik tiba di majlis Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sempat beramah mesra dengan orang ramai yang kira-kira 30 minit. 

Pada masa sama, majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan antaranya Datuk Jamal Abdillah dan Ella serta penampilan selebriti tanah air lain antaranya Sharifah Shahirah, Sherry Ibrahim dan Nadhir Nasar.

Setakat ini, majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri telah diadakan di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Selangor.