awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU tempoh jawatan tidak libatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar - Azalina
Bayaran balik lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini - PM Anwar
Britain larang iklan makanan ringan di TV, platform digital mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 30 buah kotak dan bagasi dirampas dari kondominium mewah Najib Razak

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2018
17:04 MYT
Lebih 30 buah kotak dan bagasi dirampas dari kondominium mewah Najib Razak
Barang rampasan dari kondominium mewah milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Astro AWANI
Lebih 30 buah kotak dan bagasi dibawa turun daripada kondominium mewah, Pavillion Residences di Bukit Bintang di ibu negara kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.
Rampasan itu dipercayai termasuk wang tunai, beg tangan berjenama mewah dan barang kemas.
Barangan ini merupakan hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang diketuai pengarahnya, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
Buat masa ini, Amar Singh enggan memberi sebarang kenyataan media dan meminta pihak media bersabar sementara menanti operasi ini selesai.
Pihak media difahamkan Amar Singh akan mengadakan sidang media sejurus selepas operasi ini berakhir.
Ketika artikel ini diterbitkan, terdapat empat buah trak Polis diRaja Malaysia (PDRM) digunakan untuk membawa barangan rampasan yang dibawa turun dari kondominium mewah itu.
rampasan
Rampasan dari kediaman mewah milik bekas pemimpin negara lewat malam tadi. - Gambar Astro AWANI
Setakat jam 1.15 pagi tadi, sejumlah tujuh buah troli dipercayai digunakan untuk membawa barangan yang dirampas.
11.44pm: Sebuah trak polis memasuki ruang pemunggahan (loading bay) Pavillion Residences @501Awani pic.twitter.com/quxS4qmesD
— Asyraf Hasnan AWANI @ Pavillion Residences (@AsyrafAWANI) May 17, 2018
Jika tadi lebih 20 beg bagasi, ini pula berkotak-kotak dipercayai tas tangan (handbag) berjenama @501Awani pic.twitter.com/cAQH8gzBM3
— Asyraf Hasnan AWANI @ Pavillion Residences (@AsyrafAWANI) May 17, 2018
3 trak polis. 1. Lebih 20 bagasi dipercayai mengandungi wang tunai 2. Mengandungi beg tangan berjenama 3. Masih kosong - tiba pada jam 12.55 pagi (Ada trak keempat, tiba dalam pukul 1 pagi) @501Awani pic.twitter.com/2CVng4f6Al
— Asyraf Hasnan AWANI @ Pavillion Residences (@AsyrafAWANI) May 17, 2018
Trak ke-4 juga dimuat masuk puluhan kotak jingga. Ini bermakna: Trak 1: Lebih 20 bagasi dipercayai mengandungi wang tunai Trak 2 - 4: Mengandungi puluhan kotak jingga dipercayai mengandungi beg tangan berjenama mewah. Trak 5: Masih kosong@501Awani pic.twitter.com/Xn0pfo6uhK
— Asyraf Hasnan AWANI @ Pavillion Residences (@AsyrafAWANI) May 17, 2018
Topic Berkaitan
#Amar Singh Ishar Singh
#barang kemas
#Bukit Aman
#Bukit Bintang
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
#jenayah
#Najib Razak
#operasi
#pavilion residences
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan