awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 30 van pelancong Thailand langgar syarat kemasukan - JPJ Kelantan

Bernama
Bernama
09/04/2025
03:30 MYT
Lebih 30 van pelancong Thailand langgar syarat kemasukan - JPJ Kelantan
Mohd Misuari (dua, kiri) bersama pegawai memeriksa motosikal warga asing yang ditahan sempena penutup Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 di Akedemi JPJ Wilayah Timur Jalan Kuala Krai, malam tadi. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan lebih 30 van pelancong dari Thailand melanggar syarat kemasukan ke negara ini, termasuk membawa penumpang tanpa Permit Peredaran Antarabangsa (ICP) serta menggunakan cermin gelap tanpa kebenaran.
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, kebanyakan van terbabit turut mempunyai saman tertunggak yang masih gagal dijelaskan.
"Kebanyakan van terbabit juga mempunyai saman tertunggak. Operasi Saman Tertunggak Kenderaan Pendaftaran Asing Thailand (Ops Tunggak) dijalankan di pintu masuk utama negeri ini.
"Pemandu yang melanggar peraturan diarahkan berpatah balik dan hanya dibenarkan masuk dengan dokumen lengkap," katanya kepada pemberita selepas Op Khas Hari Raya Aidilfitri 2025, di sini, semalam.
Menurutnya, selepas sempadan dibuka sepenuhnya pada 2022, JPJ memperketatkan pemantauan untuk mengelakkan penyalahgunaan oleh pelancong asing.
"Kebanyakan van dikesan di pintu masuk utama seperti ICQS Rantau Panjang, ICQS Pengkalan Kubor dan ICQS Bukit Bunga dan sesetengah van berulang kali melanggar peraturan dan mengabaikan saman, dan kenderaan tersebut akan ditahan sehingga saman diselesaikan jika memasuki negara ini semula,"katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#van pelancong Thailand
#langgar syarat kemasukan
#JPJ Kelantan
#Op Khas Hari Raya Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan