Astro Publication
Wed Sep 03 2014
Suzuki telah mengumumkan bahawa jumlah jualan global model Swift telah melewati 4 juta unit, iaitu hanya 18 bulan setelah menjual Swift yang ketiga juta.
Suzuki Swift generasi kedua adalah sebuah model strategik - ia mula dipasang di Jepun pada 2004 sebelum mengembangkan operasi pemasangan ke Hungary, India dan China pada 2005 dan seterusnya di Malaysia pada 2007. Kemudian, pengeluaran Swift turut dibuat di Pakistan, Thailand dan Vietnam; masing-masing sejak 2009, 2012 dan awal tahun ini. Semua Swift yang dijual di Eropah keluar daripada kilang di Hungary yang disebut tadi.
Dari segi pecahan jualan seluruh dunia, lebih kurang 50% adalah di India, 19% di benua Eropah dan 11% pula datang dari Jepun, manakala bakinya dari negara-negara lain. Ia sebuah kereta yang berada di atas jalan raya 140 negara, dan telah memenangi 70 anugerah.
Di Malaysia, Swift dijual oleh Suzuki Malaysia Automobile (SMA), satu usahasama diantara Suzuki Motor Corporation, Itochu Corporation dan DRB-HICOM dengan nisbah pegangan saham 40:20:40. Asalnya, SMA mula beroperasi pada Disember 2004 dengan tujuan untuk mengimport dan memasarkan kereta Suzuki.
Program pemasangan Swift ini dilakukan di kompleks pemasangan automotif DRB-HICOM, di Pekan, Pahang. Generasi ketiga Swift yang dijual sekarang dalam dua varian – oleh SMA semuanya dibuat di kilang ini; cuma Swift Sport sahaja yang masih lagi diimport dari Jepun.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.