awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 40,000 tiket feri terjual sempena LIMA'25

Bernama
Bernama
08/05/2025
21:30 MYT
Lebih 40,000 tiket feri terjual sempena LIMA'25
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) yang bermula 20 hingga 24 Mei ini. - Foto Facebook Kedah Tourism
ALOR SETAR: Lebih 40,000 tiket feri telah terjual sempena penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) yang bermula 20 hingga 24 Mei ini.
Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Lt Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, perkhidmatan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi juga ditambah kepada 100 trip bagi menampung permintaan yang meningkat dalam tempoh terbabit.
"Kita lihat kemasukan penumpang domestik dan asing ini (ke Langkawi) sebagai satu perkembangan yang sihat.
"Kita masih ada baki tiket dianggar sebanyak 10,000 dan trip tambahan ini berdasarkan jumlah permintaan," katanya kepada pemberita, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, jika permintaan menggalakkan, pihaknya akan melanjutkan tempoh pengoperasian feri hingga 12 tengah malam untuk trip dari Kuala Perlis ke Langkawi, namun dari Kuala Kedah hanya setakat 10 malam mengambil kira tempoh perjalanan dan proses pengerukan alur di Kuala Kedah.
Norhafiz berkata, pihaknya juga akan memastikan aspek keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan dan pematuhan terhadap prosedur yang ditetapkan Jabatan Laut Malaysia berada pada tahap optimum.
Beliau berkata, Ferry Line juga bersedia dengan feri gantian sekiranya berlaku perkara luar jangka seperti feri terkandas di kawasan perairan.
"Kita harap tidak timbul isu dan dari segi keselamatan kita sudah mematuhi semua keperluan yang ditetapkan Jabatan Laut seperti jaket, pelampung dan lampu pandu arah," katanya.
Norhafiz turut menyarankan orang ramai membeli tiket secara dalam talian dan mengelak pembelian secara fizikal yang dikhuatiri menyebabkan kesesakan di kaunter tiket dalam tempoh terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiket feri
#Lima
#Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi
#Ferry Line Ventures
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan