KOTA KINABALU: Lebih 400,000 remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan mula diberikan vaksin jenis Pfizer-BioNtech bermula esok.
Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin berkata, daripada jumlah itu, 200,445 adalah pelajar sekolah di negeri tersebut.
Jelas Dr Rose Nani, dua kaedah pemberian vaksin kepada golongan ini, iaitu walk-in ke pusat pemberian vaksin (PPV) sedia ada selain vaksinasi dilakukan di sekolah-sekolah dengan bantuan Jabatan Pendidikan Sabah.
"Data populasi golongan remaja diterima menerusi aplikasi MySejahtera dan Jabatan Pendidikan Sabah selain bekalan vaksin jenis Pfizer-BioNtech adalah mencukupi untuk memberi vaksin kepada remaja di Sabah.
"Keputusan membenarkan operasi pemberian vaksin kepada golongan remaja ini akan meningkatkan kadar vaksinasi di negeri ini sekali gus mampu mencapai imuniti kelompok," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Ditanya mengenai pemberian vaksin di sekolah, Dr Rose Nani menambah, perincian operasi akan dimuktamadkan bersama Jabatan Pendidikan Negeri dalam waktu terdekat.
Dalam pada itu, Dr Rose Nani menggesa ibu bapa mahupun penjaga untuk memberi kerjasama dengan membenarkan anak atau jagaan mereka menerima vaksin.
Katanya, hal ini penting bagi memastikan keselamatan para pelajar sebelum mereka memulakan sesi persekolahan pada 3 Oktober depan.
"Apa yang penting, kami di JKNS berharap kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk memberi kebenaran (consent) anak-anak mereka untuk menerima vaksin COVID-19. Kerjasama mereka amat penting," katanya.
Petang Rabu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan, Sabah akan memulakan program imunisasi melibatkan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, esok.
Perkara itu diputuskan selepas perbincangan pada Mesyuarat Kabinet negeri pada Rabu.
“Keputusan ini juga selari dengan pendirian Kementerian Kesihatan untuk memastikan golongan dewasa dan remaja divaksin sekali gus menjelang pembukaan sekolah pada 3 Oktober depan,” kata Hajiji.
Assim Hassan
Wed Sep 15 2021
Dr Rose Nani Mudin berkata, daripada jumlah itu, 200,445 adalah pelajar sekolah di negeri tersebut. - Gambar hiasan
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
Tiga maut terkena renjatan elektrik ketika pasang panel solar
Tiga pekerja kontrak pemasangan panel solar maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah bangunan pejabat di sini, pada Jumaat.
Belanjawan 2025: Sabah terima peruntukan pembangunan terbesar, bukti gabungan BN-PH tepat
Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga berjaya memberi anugerah kepada semua projek Pan Borneo untuk dimulakan di Sabah.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika cuci bot
Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mencuci bot bersama anaknya dalam kejadian di kawasan sungai Kampung Sri Ganda pada Ahad.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
Sabah rancang tubuh Pusat AI, inisiatif sokong ekosistem digital - Exco
Sabah merancang untuk menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan (AI) sebagai antara inisiatif menyokong ekosistem digital di negeri itu, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
Ibu maut, anak putus kaki digilis kereta api
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas di Putatan pada Selasa.
Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi
Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).
RM7 juta biaya kos kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo
Sejumlah RM7 juta diperuntukkan bagi membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan Kereta Api Trans-Borneo, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritim
Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini.