MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat berterusan sehingga Khamis

Selain negeri Kelantan dan Terengganu, amaran hujan lebat turut melibatkan beberapa kawasan di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga Khamis (18 Dis).
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga Khamis, melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor.
- Kawasan yang terjejas termasuk Kuantan, Pekan, Rompin, Mersing, Kota Tinggi, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, dan beberapa lagi.
- Amaran hujan berterusan juga mengancam Sarawak hingga Selasa, dengan orang ramai disarankan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui pelbagai platform MetMalaysia.
Beliau berkata hujan berterusan tahap waspada pula melibatkan Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) untuk tempoh sama.
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku sehingga Selasa (16 Dis) melibatkan Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca, laman media sosial rasmi MetMalaysia dan talian MET Malaysia 1-300-22-1638.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

