KUCHING: Jumlah ketibaan pelancong asing ke negara ini mencatatkan lebih 5.5 juta setakat September, menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia (TM) Datuk Zainuddin Abdul Wahab.
Beliau berkata, jumlah itu dilihat sudah menghampiri sasaran ketibaan pelancong asing yang telah ditetapkan pihaknya untuk mengunjungi negara pada tahun ini.
"Untuk tahun 2022, kita menyasarkan kunjungan sebanyak 9.2 juta pelancong asing dan Insya-Allah melalui kerjasama semua pihak sasaran untuk tahun ini akan tercapai.
"Setakat ini semua masih dalam sasaran dan mengikut data yang diperoleh sehingga September, kami telah mencapai lebih daripada 5.5 juta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis makan malam Lawatan Ekspresi Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Sarawak, di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Zainuddin menambah, pihaknya juga akan terus giat mempromosikan produk-produk domestik termasuk mengadakan kerjasama bersama media tempatan dan pempengaruh.
"Kami akan terus bekerjasama dengan media tempatan dan pempengaruh melalui saluran masing-masing untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini tentang produk serta tarikan yang boleh dinikmati pelancong ketika mengunjungi mana-mana destinasi dalam negara," katanya lagi.
Ehsan A Marisah
Sat Nov 12 2022
Majlis makan malam Lawatan Ekspresi Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Sarawak, pada Sabtu. - Astro AWANI
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.
KCCM 2024: Pelbagai tarikan perhebat pelancongan domestik
Pengunjung yang hadir ke KCCM 2024 berpeluang memilih lebih daripada 200 pakej pelancongan yang ditawarkan lebih 100 penggiat industri.
Pelancongan, seni dan budaya Malaysia ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026
Bagi merancakkan produk pelancongan tempatan dan menarik lebih ramai pelancong domestik, Tourism Malaysia menganjurkan Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2024.
Tourism Malaysia lancar jualan tengah malam untuk warga Singapura sempena Deepavali di JB
Ia menawarkan tempoh beli-belah yang dilanjutkan hingga tengah malam, hiburan dan tawaran eksklusif di beberapa pusat beli-belah.
KCCM 2024 meriahkan pelancongan domestik dengan diskaun sehingga 50 peratus
Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 (KCCM 2024), yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf menjanjikan pelbagai tawaran menarik.
Tourism Malaysia pergiat promosi pelancongan durian di luar negara
Tourism Malaysia akan meningkatkan kempen dan promosi pakej pelancongan durian di luar negara dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke negara ini untuk menikmati raja buah itu.
Tourism Malaysia tidak sertai World Travel Market London kerana faktor belanja besar
Keputusan Tourism Malaysia untuk tidak mengambil bahagian dalam World Travel Market (WTM) yang diadakan di London, United Kingdom (UK) pada hujung tahun ini disebabkan ingin mengurangkan perbelanjaan.
Peruntukan RM4.61 juta bagi Tahun Melawat Perak 2024 setakat ini - Exco
Kerajaan Negeri Perak setakat ini menyediakan peruntukan RM4.61 juta untuk melaksanakan program dan infrastruktur pelancongan negeri sempena TMP 2024.
Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China
Jumlah penerbangan mingguan dari China ke Kuala Lumpur mencecah 438 penerbangan dan dijangka terus meningkat tahun ini, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia P. Manoharan.
Tourism Malaysia raih Anugerah Perak di Drum Marketing Awards APAC
Ia satu pengiktirafan untuk kempen 'Selamat Kembali ke Malaysia' oleh BBC StoryWorks untuk Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada 2023.