awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAB kemuka 34 usul perkasa komuniti cacat penglihatan
Vietnam, EU naik taraf hubungan di tengah ancaman terhadap orde berasaskan peraturan
9.5 juta hilang tempat tinggal di Sudan, krisis terbesar dunia - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 500 anggota polis ditugaskan sempenan AMMTC ke-19 di Melaka

Bernama
Bernama
06/09/2025
04:30 MYT
Lebih 500 anggota polis ditugaskan sempenan AMMTC ke-19 di Melaka
AMMTC ke-19 diadakan sempena Kepengerusian ASEAN 2025 bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan". - Foto fail/Astro AWANI
MELAKA: Sebanyak 569 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-19 dan Mesyuarat Berkaitan yang berlangsung di sini pada 8 hingga 12 Sept ini.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata pihaknya sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi melaksanakan penugasan pegawai serta anggota, selain memastikan keselamatan delegasi dan orang awam terjamin sepanjang mesyuarat berkenaan berlangsung.
"Pengguna jalan raya juga tidak perlu bimbang kerana tiada jalan utama ditutup kecuali ketika laluan digunakan oleh tetamu kenamaan sepanjang mesyuarat berlangsung selama lima hari itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan majlis pembukaan mesyuarat berkenaan pada Selasa.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
AMMTC ke-19 diadakan sempena Kepengerusian ASEAN 2025 bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan" yang mencerminkan komitmen rantau ini untuk membentuk masa depan saksama dan berdaya tahan, sejajar dengan trend global semasa serta aspirasi rakyatnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#AMMTC
#Dzulkhairi Mukhtar
#jenayah rentas sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan