PUTRAJAYA: Seramai 59,230 orang telah memohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat semalam sejak dibuka pada 7 April, dengan hanya 27,705 sahaja daripada jumlah itu yang layak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
"Mereka yang tidak layak itu kerana umur mereka di bawah 40 tahun, kerana kita dah maklumkan bahawa hanya yang berumur 40 ke atas yang layak," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Akauntan Negara (JANM) di sini hari ini.
FSA2 ialah satu kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Setakat ini, dua bank mengambil bahagian dalam FSA2 iaitu MBSB dan Bank Simpanan Nasional.
FSA2 melibatkan jumlah pembiayaan maksimum RM50,000 (tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP) serta tempoh pembayaran balik hingga 10 tahun.
Antara syarat yang ditetapkan ialah pemohon mesti mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.
Ahmad berkata meskipun kerajaan tegas tidak membenarkan pengeluaran KWSP walaupun ada cadangan ia diberikan kepada ahli yang benar-benar terdesak, pengeluaran KWSP bagaimanapun dibenarkan bagi tujuan perumahan, pendidikan, kesihatan, pelan perlindungan tertentu seperti sakit kronik dan sebahagian kos haji RM3,000.
"Kita tak kata apabila kita tak benarkan, maka tak boleh keluar KWSP. KWSP masih lagi boleh dikeluarkan. Ada lima perkara yang boleh dikeluarkan untuk Akaun 2 KWSP. Akaun 1 memang tidak dibenarkan untuk pengeluaran kerana ia adalah khas untuk tujuan persaraan," katanya.
Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebelum ini dilaporkan berkata adalah lebih mudah membenarkan orang ramai mengeluarkan simpanan KWSP berbanding menggunakannya sebagai sandaran permohonan pinjaman.
Sementara itu, Ahmad berkata setakat 31 Dis lepas, jumlah aset dan liabiliti yang telah diakaunkan di Sistem Bersepadu Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM2.85 trilion.
Beliau berkata JANM ketika ini masih meneliti dan mencari aset-aset kerajaan Persekutuan dalam bentuk pelaburan, harta dan pelbagai bentuk lain.
"Tahun ini kemungkinan kita dapat RM30 bilion aset lagi untuk diakaunkan," katanya dan menambah majoriti aset itu berada di dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
Ahmad berkata, hanya 27,705 sahaja daripada lebih 50,000 yang memohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) layak. - Gambar fail
Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
ESSCOM tahan 37 individu dalam operasi bersepadu di Kalabakan
Sebanyak 37 individu ditahan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi Pos Pemeriksaan Darat (RCP) di bawah ESSCOM.
[TERKINI] Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Datuk Hail Amir, 76 dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
OKU Sentral bantah istilah digunakan Isaiah Jacob dalam merujuk kepada OKU
OKU Sentral menyuarakan rasa kecewa, dan membantah tindakan Senator Isaiah Jacob berterusan menggunakan istilah "specially abled".
Adobe tamatkan penawaran Photoshop Mix, Fix untuk Android
Pengguna boleh menggunakan Photoshop Express yang menyertakan pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua aplikasi tersebut.
Faisal Halim jalani pembedahan hampir empat jam
Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim, dilaporkan semakin stabil selepas menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi.
Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Hail Amir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Pertumbuhan pinjaman industri perbankan 5.4 peratus seiring jangkaan bagi tahun ini
Pertumbuhan pinjaman sektor perbankan sebanyak 5.4 peratus setakat tahun ini, adalah sejajar dengan unjuran julat pertumbuhan 4.0-5.0 peratus bagi 2024.
Penunjuk perasaan kampus bertembung di Chicago
Penunjuk perasaan Pro-Palestin dan pro-Israel Universiti DePaul di Chicago, Illinois mengadakan protes serentak pada Ahad sebagai tanda sokongan mereka kepada Israel dan Palestin dalam perang di Gaza.
Lebih 50,000 mohon fasiliti sokongan akaun dua KWSP
Seramai 59,230 orang telah memohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat semalam sejak dibuka pada 7 April.