awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiba masa nilai semula hubungan dengan Bersatu - Pemuda Pas Selangor
AstroBIZ: Brew Nation Kitchen lebih bergaya bersama Astro BizOne
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 50,000 rakyat meriahkan perarakan kereta berhias sempena ulang tahun Sultan Kelantan

Bernama
Bernama
28/09/2025
08:00 MYT
Lebih 50,000 rakyat meriahkan perarakan kereta berhias sempena ulang tahun Sultan Kelantan
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal pada sidang media di sini hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Lebih 50,000 rakyat di negeri ini dijangka membanjiri acara perarakan kereta berhias pada Sabtu ini, bersempena pemasyhuran perayaan ulang tahun keputeraan Sultan Muhammad V ke-56 yang berlangsung selama lapan hari bermula semalam.

Ringkasan AI
  • Lebih 50,000 rakyat Kelantan dijangka hadir acara perarakan kereta berhias Sabtu ini, sempena ulang tahun keputeraan Sultan Muhammad V ke-56.
  • Perarakan sepanjang dua kilometer melibatkan PBT, jabatan kerajaan dan swasta, bermula dari Kompleks Kota Darul Naim hingga Stadium Sultan Muhammad IV.
  • Pelbagai acara istiadat dan majlis rakyat turut diadakan sepanjang lapan hari sambutan, termasuk solat hajat, pesta flora, jamuan rakyat dan istiadat pengurniaan kehormatan kebesaran negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata acara yang lebih 10 tahun tidak diadakan itu akan berlangsung pada 8 malam bermula dari Kompleks Kota Darul Naim hingga Stadium Sultan Muhammad IV.
"Kita jangkakan acara ini akan menjadi tarikan utama bagi pemasyhuran sambutan ulang tahun Sultan Muhammad V tahun ini kerana rakyat berpeluang menyaksikan acara itu di sepanjang lokasi perarakan hingga stadium.
"Perarakan kereta berhias ini membabitkan penglibatan semua pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan dan agensi kerajaan selain pihak swasta dengan jarak sepanjang dua kilometer," katanya pada sidang media di bilik mesyuarat Pejabat Sultan Kelantan Istana Balai Besar, di sini hari ini.
Beliau berkata pelbagai istiadat lain turut disusun sepanjang sambutan itu termasuk solat hajat, istiadat meletak kerja, pemeriksaan perbarisan di Stadium Sultan Muhammad IV, pesta flora selain acara kemuncak, istiadat pengurniaan kehormatan kebesaran negeri di Istana Balai Besar esok.
Beliau berkata perayaan yang bertemakan 'Islam Dijunjung, Rakyat Bersatu, Negeri Berkata, Raja Berdaulat' itu turut diserikan dengan Majlis Raja Bersama Rakyat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada Rabu, selain solat Jumaat dan jamuan rakyat di Masjid Al Taqwa Pasir Mas 3 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sambutan ulang tahun
#Sultan Kelantan
#Sultan Muhammad V
#perarakan kereta berhias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan