awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 545,000 peniaga mikro terima peruntukan RM1.63 bilion Geran Khas Prihatin

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
19/11/2020
03:06 MYT
Lebih 545,000 peniaga mikro terima peruntukan RM1.63 bilion Geran Khas Prihatin
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bagi GKP 2.0 pula, permohonan yang diterima sehingga 31 Oktober lepas pula sudah mencecah 512,000. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Lebih 545,000 peniaga mikro di seluruh negara sudah menerima manfaat Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM3,000 secara one-off dengan peruntukan sebanyak RM1.63 bilion.
Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bagi GKP 2.0 pula, permohonan yang diterima sehingga 31 Oktober lepas pula sudah mencecah 512,000.
"Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima bantuan ini demi kelangsungan perniagaan mereka, setiap permohonan akan disemak silang atau verifikasi dengan data agensi yang ditetapkan Kerajaan, termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan.
"Berdasarkan jangkaan awal, bilangan yang akan diluluskan jauh melebihi daripada sasaran awal yang ditetapkan iaitu 200,000 PKS mikro," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong di Dewan Rakyat pada Rabu.
Pemohon boleh menyemak status bermula 27 November dan tarikh pembayaran pula dijangka pada 30 November depan.
Zafrul turut menjelaskan, antara kegagalan permohonan adalah disebabkan tidak memegang lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan bilangan pekerja melebihi lima orang.
Geran Khas Prihatin (GKP) akan diberikan kepada PKS Mikro yang berkelayakan dengan tujuan bagi meringankan beban kewangan perniagaan dihadapi ekoran COVID-19 serta meningkatkan produktiviti perkhidmatan demi kelangsungan perniagaan.
Topic Berkaitan
#PKS
#Geran Khas Prihatin
#GKS
#Tengku Zafrul
#mikro
#perusahaan
#perniagaan
#peruntukan
#Khoo Poay Tiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan