awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 6,000 pegawai kanan, rendah polis dikenakan tindakan tatatertib - Ayob Khan

Bernama
Bernama
19/11/2024
07:30 MYT
Lebih 6,000 pegawai kanan, rendah polis dikenakan tindakan tatatertib - Ayob Khan
Ayob Khan bercakap ketika sidang media ringkas selepas menyampaikan ceramah pada sambutan Hari Integriti Peringkat Majlis Bandaraya Kuantan 2024 hari ini. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Seramai 6,646 pegawai kanan dan rendah polis telah dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak 2020 hingga September lepas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Beliau berkata antara hukuman dikenakan ialah buang kerja melibatkan 613 individu, turun pangkat (120), turun gaji (68), lucut hak emolumen (641) dan tangguh pergerakan gaji sebanyak 152 orang.
Antara kesalahan yang dilakukan katanya merangkumi aspek integriti, jenayah, rasuah, dadah dan syariah.
"Kalau ada maklumat penglibatan polis sama ada anggota atau pegawai berkenaan salah laku di mana pun boleh berhubung dan salurkan maklumat kepada saya.
"Saya akan susulkan dengan tindakan dan pastikan identiti anda (pemberi maklumat) dilindungi," katanya ketika menyampaikan ceramah Pembudayaan Integriti Dalam Kalangan Penjawat Awam Sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Majlis Bandaraya Kuantan 2024 di sini hari ini.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita Ayob Khan berkata dalam memulihkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan sang saka biru itu tindakan tegas harus diambil terhadap polis yang terlibat dalam kegiatan salah laku tanpa mengira pangkat.
Menurut beliau sekiranya langkah berkenaan gagal dilaksanakan, kepercayaan masyarakat dan rasa hormat terhadap polis akan terhakis.
"Paling penting sebab itu selalu saya tekankan kita ambil tindakan jangan kira pangkat dan kedudukan...sebagai pemimpin pula jangan hanya nak popular dan takut nak ambil tindakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota PDRM
#ayob khan mydin pitchay
#dikenakan tindakan tatatertib
#integriti
#turun pangkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan