awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 6,400 doktor pelatih di Korea Selatan letak jawatan

Bernama
Bernama
20/02/2024
10:39 MYT
Lebih 6,400 doktor pelatih di Korea Selatan letak jawatan
Setakat Isnin seramai 6,415 doktor pelatih di 100 hospital menyerahkan surat peletakan jawatan mereka. - Gambar hiasan
SEOUL: Lebih 6,400 doktor pelatih telah mengemukakan peletakan jawatan mereka bagi membantah rancangan kerajaan untuk meningkatkan bilangan pelajar perubatan, kata pegawai kerajaan pada Selasa.
Timbalan Menteri Kesihatan Kedua, Park Min-soo berkata kementerian mengarahkan 831 doktor pelatih untuk kembali bekerja, susulan ketegangan antara doktor dan kerajaan yang meningkat berikutan cadangan untuk meningkatkan kuota kemasukan ke sekolah perubatan negara itu sehingga 2,000 pelajar pada tahun depan.
Park berkata setakat Isnin seramai 6,415 doktor pelatih di 100 hospital menyerahkan surat peletakan jawatan mereka, dengan kira-kira 1,600 daripada mereka berhenti kerja, lapor Agensi Berita Yonhap.
Terdapat kira-kira 13,000 doktor pelatih di Korea Selatan.
Dengan doktor pelatih berhenti bekerja di beberapa hospital, sebahagian daripada pesakit telah mengalami kelewatan dalam operasi pembedahan dan rawatan lain.
Namun, tiada laporan gangguan besar dalam perkhidmatan perubatan setakat ini.
Park berkata bagi menangani potensi gangguan perkhidmatan perubatan, kerajaan akan melanjutkan waktu operasi di 97 hospital awam dan wad kecemasan di 12 hospital tentera yang akan dibuka kepada orang ramai.
"Kami sangat kecewa dan bimbang bahawa tindakan kolektif oleh doktor pelatih telah menyebabkan gangguan dalam perkhidmatan perubatan, seperti pembatalan pembedahan," kata Park.
Kerajaan Korea Selatan berkata peningkatan dalam kuota kemasukan diperlukan untuk menangani kekurangan doktor, terutamanya di kawasan luar bandar dan bidang perubatan penting, seperti pembedahan berisiko tinggi, pediatrik, obstetrik dan perubatan kecemasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#doktor pelatih
#Korea Selatan
#letak jawatan
#protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan