JOHOR BAHRU:Sebanyak 6,414,565 ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) dan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen telah dijalankan sepanjang tahun 2020 sehingga Jumaat lepas (5 Feb).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,332,554 merupakan ujian saringan RT-PCR yang dijalankan pada 2020.
"Pada tahun ini pula, ujian saringan meningkat dengan adanya ujian yang perlu dilaksanakan oleh majikan kepada pekerja-pekerja yang bersasar iaitu sebanyak 1,188,284 ujian RT-PCR iaitu satu jumlah yang tinggi untuk satu bulan lima hari yang telah kita lalui," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau juga berkata sebanyak 1,893,727 ujian RTK telah dilaksanakan sehingga 5 Feb lepas.
"Ini menunjukkan kerajaan mengambil perhatian terhadap ujian RTK Antigen atau RTK-PCR supaya kita dapat mengesan kes COVID-19. Cepat kita uji, cepatlah kita asingkan sekiranya kes-kes bergejala atau tidak," kata Ahli Parlimen Tenggara itu.-- LAGI
Dr Adham berkata penubuhan Pusat Penilaian COVID-19 pada bulan lepas juga penting bagi memantau kes yang tidak bergejala dan perlu diberikan perhatian sama ada individu terbabit dibenarkan duduk di rumah untuk isolasi atau perlu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).
"Kita juga dapat maklum dengan adanya perintah kerajaan untuk majikan dan pengusaha perlu melaksanakan ujian bersasar kepada pekerja mereka... kita dapati ada peningkatan sedikit pada jumlah kes yang perlu kita kesan cepat dan kita rawat.
"Kadar kesembuhan kita juga sudah meningkat dengan baik dan kita yakin segala bentuk pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.
Baru-baru ini, beberapa pihak termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyarankan agar kerajaan melaksanakan saringan besar-besaran dalam usaha mengekang penularan pandemik itu. - BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021

Dr Adham berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,332,554 merupakan ujian saringan RT-PCR yang dijalankan pada 2020. - Gambar fail

Sultan Pahang, Tengku Ampuan santuni keluarga kanak-kanak lemas
Baginda berdua amat bersimpati dan berharap ibu bapa serta seluruh keluarga mangsa tabah dan reda dengan ujian kehilangan itu.

Bekas Presiden Filipina Duterte menang kerusi datuk bandar dalam pilihan raya pertengahan penggal - Keputusan awal
Duterte mencatatkan kemenangan besar dengan memperoleh 405,000 undi berbanding 49,000 undi yang diterima pencabar terdekatnya.

Jejak Al-Haramain: TH laksana dam, korban melalui Adahi
Tahun ini, dam dan korban akan dilakukan bersama The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady and Adahi (Adahi).

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Hasrat Malaysia raih juara berganda tidak kesampaian
Gandingan Muhammad Noraizat Nordin dan Muhammad Redwan Hakim Muhammad turun dengan aksi cemerlang untuk mendominasi set pertama dengan 15-7.

Jejak Al-Haramain: 11,396 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci setakat ini
Daripada jumlah itu, 5,253 jemaah kini berada di Madinah, manakala 6,143 jemaah lagi di Makkah.

Remaja lelaki 15 tahun ditahan berhubung kes bunuh wanita warga emas di Chiba
Pelajar sekolah menengah rendah itu mengaku membunuh Yayoi Takahashi, 84, dengan menikam belakang mangsa.

Dua lelaki ditemukan selamat, dua lagi masih hilang di hutan Lahad Datu
Menurut bomba, empat individu yang masuk ke kawasan itu untuk mencari hasil hutan telah berpecah kepada dua kumpulan.

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

PAC: Perolehan ventilator ketika Dr Adham Baba jadi Menteri Kesihatan - Mas Ermieyati
Perolehan ventilator tanpa perjanjian bertulis seperti dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini berlaku ketika Dr Adham Baba menjadi Menteri Kesihatan.

Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul
Khidmat mereka ini adalah secara sukarelawan dan bukannya mendapat gaji tetap setiap bulan, jelas Hasrul

PRU15: UMNO yakin kekal tiga kerusi deposit di Johor - Dr Adham
Kerusi Parlimen Tenggara, Kota Tinggi dan Pengerang, yang merupakan kawasan deposit tetap UMNO diyakini kekal dalam genggaman Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: 'Saya orang parti, penting untuk sokong calon baharu' - Dr Adham Baba
Jelas Dr Adham, sebagai orang parti, adalah penting untuk pemimpin menyokong calon muka baharu dalam memastikan kemenangan BN.

PRU15: Dr Adham gugur, BN calonkan Manndzri Nasib di Parlimen Tenggara
Datuk Seri Dr Adham Baba tidak diumumkan sebagai calon yang bakal bertanding untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon PRU15: "Tak letak Dr Adham di Tenggara satu malapetaka besar" - Nasaruddin
Barisan Nasional (BN) Tenggara memohon agar pucuk pimpinan parti itu mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk bertanding di kawasan itu.

PRU15: BN Johor umum manifesto, lancar jentera parti 2 November
BN Johor akan bentang manifesto serta perkembangan Ikhtiar Johor seperti yang telah dibentangkan pada PRN Johor yang lalu.

MOSTI mahu pendekatan lebih kreatif digunakan dalam pembelajaran STEM
Pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif amat digalakkan dalam pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Usahawan Pahang disaran sertai program MYStartup
Bilangan syarikat pemula di Pahang yang berdaftar masih berada pada tahap yang rendah iaitu hanya 13 syarikat daripada sektor edutech, agritech, e-dagang, logistik dan kesihatan.

Malaysia, IAEA tandatangani perjanjian kerjasama
Bidang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam aspek pendidikan dan latihan bagi keselamatan radiasi, pengangkutan dan sisa.