Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan ribuan pesalah trafik warganegara asing yang secara keseluruhannya mempunyai lebih 600,000 saman tertunggak sejak tahun 1999 hingga kini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, SAC Datuk Mahamad Akhir Darus berkata pesalah trafik melibatkan warga Singapura mencatatkan jumlah saman tertunggak tertinggi iaitu lebih 500,000.
“Untuk makluman, jumlah saman tertunggak warga asing yang ada (mengikut pecahan negara adalah) bagi Singapura 549,117 saman, Brunei (91,103), Thailand (33, 855) dan Indonesia (4,230),” ujar beliau.
Bercakap di sidang media selepas melawat Pos Kawalan Aksem di Simpang Empat Salam, di sini siang tadi, beliau turut memaklumkan pesalah trafik warga negara asing itu turut mempunyai saman berstatus waran tangkap.
Hari ini, Ops Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) dilancarkan di pintu masuk sempadan di Kelantan sehingga 1 April bagi mengesan kenderaan asing yang mempunyai saman tertunggak.
Seramai 100 anggota trafik termasuk pegawai dan anggota terlibat dalam OSTWA.
Menurut Mahamad Akhir lagi, PDRM menasihati orang ramai termasuk warganegara asing yang mempunyai saman tertunggak supaya tampil menjelaskan saman mereka sebelum tindakan waran tangkap dilaksanakan ke atas mereka.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Mahamad Akhir turut memaklumkan peratusan 20 kematian setiap hari akibat kemalangan jalan raya yang dilaporkan di negara ini merupakan satu peratusan yang serius.
Katanya, kesemua kemalangan maut itu dikesan berpunca dari kecuaian pemandu dan pengguna jalan raya sendiri yang masih rendah tahap disiplin mereka di jalan raya.
Sikap mementing diri sendiri, memandu laju, potong garisan berkembar, guna telefon semasa memandu dan sebagainya antara punca berlakunya kemalangan maut.
Rakyat Malaysia dilihat hilang sifat lemah lembut dan toleransi apabila berada di jalan raya jika dibandingkan dengan pemandu dan pengguna jalan raya di negara Barat.
Statistik oleh PDRM mendedahkan purata 20 orang maut setiap hari daripada 7,152 kes kemalangan maut yang dicatatkan sepanjang tahun 2016.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Roslan Eusoff menjelaskan daripada jumlah purata itu, 12 orang adalah penunggang atau pembonceng motosikal.
Muhafandi Muhamad
Thu Mar 30 2017

Ops Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) dilancarkan di pintu masuk sempadan di Kelantan sehingga 1 April bagi mengesan kenderaan asing yang mempunyai saman tertunggak. - Bernama

Perodua sasar 20 peratus jualan EV menjelang 2030
Perodua menyasar kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya menyumbang sehingga 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030.

Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia
Monaco bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang.

GPS, Abang Johari main peranan penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar
Anwar berkata sokongan itu membolehkan beliau mengemudi Malaysia ke arah memperkasa ekonomi dan melakar kemajuan masa depan negara.

Tiada persefahaman, curang antara punca utama penceraian di Malaysia - LPPKN
Tiada persefahaman, pasangan curang dan campur tangan mentua antara punca utama berlaku penceraian dalam kalangan pasangan berusia antara 35 hingga 39 tahun di negara ini.

Teknologi AI bantu atasi kekurangan pakar keselamatan siber - Fahmi
Teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh diguna pakai untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pakar dalam bidang keselamatan siber buat masa ini.

Gajah liar serang kebun di empat kampung Pos Belatim
Beberapa pekebun membabitkan empat perkampungan Orang Asli di Pos Belatim mendakwa berdepan beberapa siri serangan gajah liar yang menceroboh dan memakan hasil tanaman mereka.
![[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus [KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701204479_RuntuhanGudang.jpg)
[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus
Sembilan pekerja lain kesemuanya warga Bangladesh terselamat kerana keluar menunaikan solat semasa kejadian berlaku.

Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam.

Sarawak mahu jadi rantaian bekalan global ekonomi Islam
Sarawak berhasrat menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global ekonomi Islam.

Hanya pemain 16 tahun ke atas ditempatkan di ABM bermula tahun depan
Bagaimanapun, kumpulan pemain berusia 14 hingga 15 tahun ketika ini akan kekal di ABM.

'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman
Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Kadar Indeks Jenayah Malaysia turun 1.1 peratus
Kadar Indeks Jenayah bagi seluruh negara turun 1.1 peratus apabila 25,482 kes direkodkan bagi Januari hingga Jun tahun ini berbanding 25,774 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Polis tahan pengasas bersama syarikat penerbangan
Polis hari ini menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' serta isteri dan anak lelakinya.

PDRM umum pertukaran 23 pegawai kanan
Datuk Mancha Anak Ata akan mengisi kekosongan dengan memangku pangkat Ketua Polis Sarawak.

Penahanan warga Malaysia: PDRM, polis Australia jalin kerjasama siasat kes dadah
Polis Diraja Malaysia kini menjalin kerjasama dengan Polis Persekutuan Australia bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang lelaki warga Malaysia berkaitan rampasan dadah.

Lebih 15,000 ditahan atas pelbagai jenayah komersial tahun ini - Ayob Khan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 15,786 individu di atas pelbagai kesalahan jenayah komersial bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini.

Isu DNAA : Mohd Zaid dipanggil polis hari ini - Bukit Aman
Polis hari ini mengambil keterangan Datuk Mohd Zaid Ibrahim berhubung kenyataan berkaitan isu DNAA Ahmad Zahid yang didakwa dibuat di media sosial miliknya pada 30 Ogos lepas.

Abdul Hadi selesai beri keterangan, tidak timbul isu mengelak - Mohd Syahir
Abdul Hadi selesai memberi keterangan kepada pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Pejabat Pas Pusat pada Isnin.

Polis rakam keterangan Abdul Hadi esok
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pegawai khas Abdul Hadi memaklumkan pemimpin itu masih dalam rawatan kesihatan.

Lelaki disyaki ugut, hina PM ditahan - Bukit Aman
Polis mengesahkan seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengugut dan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook.