awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 700 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

Bernama
Bernama
17/03/2022
15:53 MYT
Lebih 700 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Kebakaran berjaya dikawal pada 9 malam namun setakat berita ini ditulis, pihak bomba masih melakukan kerja-kerja pemadaman api di kawasan kebakaran. - Gambar/ Sinar Harian
TAWAU: Lebih 700 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Julius John Stephen berkata kejadian dipercayai bermula kira-kira 4.40 petang dan pihaknya menerima panggilan kecemasan lima minit selepas itu.
Beliau berkata lebih 40 pegawai dan anggota balai berkenaan digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.
"Pasukan bomba dari BBP Semporna turut digegaskan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran," katanya yang ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Menurutnya kebakaran berjaya dikawal pada 9 malam namun setakat berita ini ditulis, pihak bomba masih melakukan kerja-kerja pemadaman api di kawasan kebakaran.
"Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tawau
#rumah atas air
#kebakaran besar
#Kampung Kurnia Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan