awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 7,000 pegawai, anggota tambahan dikerah untuk PRN Sarawak - Timbalan KPN

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
26/10/2021
05:53 MYT
Lebih 7,000 pegawai, anggota tambahan dikerah untuk PRN Sarawak - Timbalan KPN
Menurut Lazim, jumlah ini akan ditambah jika diperlukan setelah PDRM memperoleh maklumat lengkap berhubung PRN-12 daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
KUCHING: Lebih 7,000 pegawai dan anggota tambahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terlibat dalam tugasan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak akan datang.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, kekuatan itu dilihat mencukupi bagi menampung sumber yang diperlukan untuk PRN12 kelak.
Bagaimanapun katanya, jumlah tersebut akan ditambah jika diperlukan setelah PDRM memperoleh maklumat lengkap berhubung PRN12 daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Setakat ini, jumlah anggota dan pegawai di Sarawak ada lebih 7,000 tetapi angkanya tidak dapat ditetapkan kerana kita belum dapat sepenuhnya pengumuman berkenaan PRN ini.
"Dari segi sumber manusia memang kita mencukupi dan jika ada diperlukan kita akan tambah. Jadi pihak kita memang sudah bersedia daripada segi sumber manusia dan jugak aset-aset yang ada," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 38 orang terdiri daripada asnaf, pesara polis dan anak yatim.
Menurut Mazlan, PDRM telah membuat persediaan rapi memandangkan PRN kali ini bakal dilangsungkan dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) kerana negara masih lagi berdepan pandemik COVID-19.
"Kita telah menerima arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang pelaksanaan SOP semasa PRN Sarawak ini. Jadi kita berharap sangat (mereka) yang nak pergi mengundi akan mematuhi SOP yang diberikan bagi memudahkan proses PRN itu nanti," tambahnya.
Selain itu, mengulas mengenai Tabung Amanah Warisan Polis (TAWAP), Mazlan berkata, masih ramai pesara polis yang tidak mengetahui mengenai peranan tabung itu yang bertujuan membantu meringankan beban pesara polis khususnya ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Timbalan Ketua Polis Negara
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan