awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Muda Perlis bertemu Imam Masjid Nabawi di Madinah
Kes 1MDB: Bebas atas tidak Najib kekal di Penjara Kajang, jalani hukuman kes SRC International
"Siapa yang tidak setuju dengan saya tidak akan jadi Pengerusi Rizab Persekutuan" - Presiden Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 70,000 kes jenayah komersial dilapor babitkan kerugian RM5.2 bilion - Acryl Sani

Bernama
Bernama
25/06/2022
12:05 MYT
Lebih 70,000 kes jenayah komersial dilapor babitkan kerugian RM5.2 bilion - Acryl Sani
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani melawat gerai yang terdapat pada majlis perasmian Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lets Fight Scammer Together hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Sebanyak 71,833 kes jenayah komersial dilapor membabitkan nilai kerugian berjumlah RM5.2 bilion sepanjang 2020 hingga Mei lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 48,850 kes atau 68 peratus merupakan jenayah penipuan dalam talian dan bagi tempoh sama, sejumlah 26,213 kes yang dilapor telah didakwa di mahkamah.
"Angka yang besar ini perlu kita beri perhatian untuk memastikan ia dapat dikawal supaya orang awam tidak lagi terjebak atau terpedaya dengan jenayah dalam talian.
"Kempen perlu diadakan untuk mengemas kini pengetahuan mengenai modus operandi pihak scammer dan memberi kesedaran khususnya kepada syarikat korporat, warga emas, penjawat awam serta pesara," katanya.
Acryl Sani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Scam Polis Diraja Malaysia 2022 di sini hari ini.
Katanya kes penipuan pembelian e-dagang mencatat peningkatan daripada 8,851 kes pada 2020 kepada 9,569 tahun lepas manakala setakat Mei tahun ini, sebanyak 3,833 kes direkodkan.
Berhubung penipuan membabitkan 'Love Scam,' Acryl Sani berkata kes itu mencatat penurunan iaitu daripada 1,580 kes pada 2020 kepada 1,460 tahun lepas dan daripada Januari hingga Mei tahun ini (361 kes).
"Bagi Macau Scam pula, sebanyak 2,254 kes direkodkan pada 2020 menyaksikan penurunan kepada 1,586 pada 2021 dan meningkat kepada 1,612 kes setakat Mei tahun ini," katanya.
Beliau berkata penggunaan Internet secara meluas dalam kalangan masyarakat dan sektor ekonomi sejak pandemik COVID-19 menyebabkan ramai terdedah kepada sindiket penipuan itu.
Katanya antara cabaran yang dihadapi polis untuk melakukan siasatan ialah apabila mangsa malu untuk tampil membuat laporan kerana tidak mahu masyarakat tahu mereka menjadi mangsa penipuan dan merasakan tidak berbaloi untuk membuat aduan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah komersial
#jenayah dalam talian
#scammer
#Ketua Polis Negara
#penipuan dalam talian
#Acryl Sani Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan