awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 80,000 kenderaan sehari masuk Terengganu mulai esok

Bernama
Bernama
27/03/2025
12:45 MYT
Lebih 80,000 kenderaan sehari masuk Terengganu mulai esok
Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC Datuk Wan Rukman Wan Hassan (dua kanan) memberi kata-kata perangsang kepada pegawai dan anggota polis trafik Terengganu yang akan bertugas sepanjang Op Selamat 24. - Foto BERNAMA
JERTIH: Polis Terengganu menugaskan 22 pegawai dan 136 anggota polis trafik bagi memastikan kelancaran aliran trafik pada musim perayaan Aidilfitri ini.
Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata mereka akan ditugaskan di seluruh negeri sepanjang Op Selamat 24 yang bermula 29 Mac hingga 3 April ini.
"Kita menjangkakan sebanyak 80,000 kenderaan akan memasuki negeri Terengganu setiap sehari menjelang Aidilfitri melalui Kelantan dan Pahang bermula esok," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Musim Perayaan Aidilfitri peringkat negeri Terengganu 2025 di pintu gerbang sempadan Terengganu-Kelantan dekat Kampung Lak Lok di sini hari ini.
Wan Rukman berkata sepanjang Op Selamat 23 tahun lepas, sebanyak enam kes kemalangan maut direkodkan di negeri ini dan polis berharap tidak ada kejadian sama berulang sepanjang musim ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terengganu
#kenderaan masuk
#Aidilfitri
#aliran trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan