awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 90 peratus responden bimbang gelombang COVID-19

Sinar Harian
Sinar Harian
02/01/2023
02:00 MYT
Lebih 90 peratus responden bimbang gelombang COVID-19
Seramai 75 peratus responden (587 individu) di Instagram berasakan bahawa langkah yang diambil kerajaan bagi menangani gelombang baharu pandemik COVID-19 tidak mencukupi. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Soal selidik yang dijalankan Sinar Harian menerusi platform media sosial Instagram dan Twitter mendapati lebih daripada 90 peratus responden berasa bimbang jika gelombang jangkitan COVID-19 kembali semula ke Malaysia.
Berdasarkan undian bagi tempoh 24 jam bermula pada Sabtu, sebanyak 93 peratus daripada 232 undian menyatakan kerisauan mereka dan selebihnya tujuh peratus tidak berasa takut.
Di Instagram pula, daripada 874 undian, sebanyak 799 dari mereka bersamaan 91 peratus bersetuju dan sembilan lagi iaitu seramai 75 orang tidak bersetuju.
Sementara itu, soal selidik turut mendapati majoriti responden bersedia atau mahu supaya langkah lebih ketat seperti mewajibkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial dilaksanakan semula.
Sebanyak 71 peratus responden bersamaan 578 undian di Instagram memilih bersetuju sementara 29 peratus (237 undian) lagi menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Di Twitter, kadar responden yang bersedia atau mahu supaya langkah lebih ketat dilaksanakan adalah sebanyak 70 peratus manakala 30 peratus lagi tidak bersetuju.
Sebanyak 91 peratus undian di Instagram menyatakan rakyat berasa bimbang jika gelombang jangkitan COVID-19 kembali semula ke Malaysia. - Sinar Harian
Sebanyak 91 peratus undian di Instagram menyatakan rakyat berasa bimbang jika gelombang jangkitan COVID-19 kembali semula ke Malaysia. - Sinar Harian
Selain itu, 75 peratus bersamaan 587 individu di Instagram berasakan bahawa langkah yang diambil kerajaan bagi menangani gelombang baharu pandemik COVID-19 tidak mencukupi.
Sebanyak 68 peratus responden di Twitter menyokong perkara berkenaan dan hanya 32 peratus menyatakan kerajaan telah mengambil langkah yang mencukupi untuk menangani gelombang baharu virus itu.
Bagi soal selidik berkenaan pengambilan vaksin penggalak COVID-19 seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 59 peratus di Twitter bersetuju namun terdapat percanggahan apabila sebanyak 51 peratus undian di Instagram tidak bersetuju untuk mengambilnya.
Secara keseluruhan, sejumlah 4,402 responden mengambil bahagian dalam undian yang dijalankan di platform media sosial Sinar Harian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#COVID-19
#soal selidik
#gelombang baharu
#pelitup muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan