awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior lengkapkan senarai 16 pasukan
Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun
Struktur organisasi baharu sokong agenda peralihan tenaga, tingkat penyampaian - ST
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 900 kes terperangkap dalam lif dari Januari - Jun 2017

Bernama
Bernama
31/07/2017
12:11 MYT
Lebih 900 kes terperangkap dalam lif dari Januari - Jun 2017
Sebanyak 924 kes terperangkap dalam lif direkodkan di seluruh negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding 1,975 kes untuk tempoh sama pada tahun lepas.- Gambar dari fail
Sebanyak 924 kes terperangkap dalam lif direkodkan di seluruh negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding 1,975 kes untuk tempoh sama pada tahun lepas.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pihak pengurusan premis atau bangunan perlu menyelenggara lif secara berjadual mengikut tempoh yang telah ditetapkan bagi menjaga kualiti perkhidmatan lif berkenaan.
Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata ia perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti terperangkap atau tersangkut di dalam lif.
"Pihak pengurusan perlu mempunyai jadual penyelenggaraan sama ada secara mingguan atau bulanan tertakluk kepada syarikat pengeluar lif tersebut. Ini kerana kebanyakan pihak pengurusan (bangunan atau premis) akan menyelenggara lif apabila berlaku kerosakan sahaja," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Forum Pemerkasaan Integriti Siri 1 Zon Tengah anjuran JBPM dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Integriti Malaysia yang turut dihadiri Pengarah JBPM Perak Datuk Yahaya Madis di sini hari ini.
Wan Mohd berkata penyelengaraan lif sangat penting kerana ia merupakan sejenis jentera yang bergerak dan pihak pengurusan tidak boleh mengabaikan aspek keselamatan berkaitan penggunaan lif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Awal bulan ini, pasangan suami isteri warga emas terperangkap hampir 26 jam di dalam lif di sebuah pasar raya di Meru Raya di sini sebelum ditemui dalam keadaan tidak bermaya serta lemah kerana terkurung tanpa makan dan minum.
Sabtu lepas, 10 orang terperangkap kira-kira 15 minit di dalam lif di pasar raya yang sama membabitkan enam wanita dan empat lelaki, namun kesemua mereka ditemui dalam keadaan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim
#integriti
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan