KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menggubal dasar yang khusus dalam memperkasakan asrama harian untuk didiami pelajar-pelajar miskin, berbanding mewujudkan sekolah khas untuk pelajar daripada golongan berkenaan.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad berpendapat, pendekatan sedemikian lebih praktikal dan bersesuaian dengan kemampuan kerajaan ketika ini.
Menurut beliau, dengan kemampuan kerajaan yang terhad, negara sememangnya tidak memiliki keupayaan untuk membina sekolah-sekolah baharu untuk golongan pelajar miskin.
“Jika kita menggunakan data Belanjawan 2023, kita dapati (kerajaan) hanya mampu membina tujuh sekolah baharu sahaja untuk tahun ini.
“Pada saya idea untuk membina tempat kepada pelajar miskin masih boleh dilaksanakan dengan sekolah-sekolah asrama harian,” kata Anuar dalam perbincangan segmen Pantau Kos Sara Hidup di Astro AWANI, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kewajaran penubuhan sekolah khas buat golongan miskin seperti yang diumumkan Kementerian Pendidikan baru-baru ini.
Dalam masa sama, Anuar menekankan, dalam sistem pendidikan negara, inklusiviti merupakan elemen yang paling penting dan menjadi teras pendidikan berkualiti.
“Dalam prinsip pendidikan, adalah tidak wajar kita mengasingkan pelajar mengikut kemampuan atau sosioekonomi mereka kerana ini akan menimbulkan pelabelan, stigma dan sebagainya.
“Kita sebenarnya di negara kita sejak 20 tahun yang lalu, kita berusaha untuk menjadikan pendidikan yang inklusif maksudnya tidak kira bangsa dan agama, kaya atau miskin akan dapat belajar pendidikan yang sama dalam ruang yang sama,” tegas beliau.
Justeru, Anuar mengharapkan lebih baik kerajaan menyemak semula peranan asrama harian yang diangkat kembali untuk membantu pelajar daripada golongan miskin tegar.
Azyyati Ahmad
Wed Aug 09 2023

Kerajaan perlu menggubal dasar yang khusus dalam memperkasakan asrama harian untuk didiami pelajar-pelajar miskin, berbanding mewujudkan sekolah khas untuk pelajar daripada golongan berkenaan. - Gambar fail
Kebakaran Stesen Janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan pasukan teknikal sedang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan serta pemulihan yang diperlukan berhubung insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
[TERKINI] KDNK: Memacu pertumbuhan, menerap kemampanan
Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business SchoolProf Madya Dr aimi Zulhazmi Abdul Rashid mengulas lanjut berkenaan pertumbuhan ekonomi 2024 serta unjuran bagi 2025.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Ekonomi Singapura berkembang 4.4 peratus pada 2024 - MTI
Ekonomi Singapura berkembang 4.4 peratus pada 2024, meningkat daripada anggaran awal 4.0 peratus.
[TERKINI] KDNK Malaysia 2024 berkembang 5.1 peratus
Ekonomi Malaysia berkembang 5.1 peratus bagi keseluruhan tahun 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun 2023. Ia selepas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat 2024 merekodkan pertumbuhan 5.0 peratus.

5,000 peluang pekerjaan swasta, temu duga terbuka SPA di Karnival Kerjaya MFJ
Sebanyak 5,000 peluang pekerjaan di sektor swasta selain temu duga terbuka bagi jawatan dalam perkhidmatan awam ditawarkan sempena Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) bermula esok.

PM Thailand Paetongtarn sokong Kepengerusian ASEAN Malaysia, seru hubungan serantau lebih erat
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra menyokong sepenuhnya Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025, dengan memuji tema "Keterangkuman dan Kemampanan" yang disifatkannya sebagai tepat pad

YouTube mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI untuk YouTube Shorts
Pengguna boleh menjana video melalui input teks dan imej menggunakan ciri Dream Screen dalam kamera YouTube Shorts.
Niaga SPOTLIGHT: AI Skills for Workforce Development
More than 75% of Malaysian employers prioritise AI proficiency in candidates, according to recent research, underscoring the growing demand for AI literacy across industries.
Additionally, studies project that approximately 1.6 million workers may be displaced by AI technologies by 2026, with high-skill and middle-skill occupations particularly vulnerable.
NIAGA SPOTLIGHT features Roy Otsuka, Vice President, Asia Pacific, CoachHub discussing
strategies to bridge the AI Skills Gap while overcoming employee fears about AI integration with empowerment, while navigating AI adoption challenges across industries in South East Asia.
Additionally, studies project that approximately 1.6 million workers may be displaced by AI technologies by 2026, with high-skill and middle-skill occupations particularly vulnerable.
NIAGA SPOTLIGHT features Roy Otsuka, Vice President, Asia Pacific, CoachHub discussing
strategies to bridge the AI Skills Gap while overcoming employee fears about AI integration with empowerment, while navigating AI adoption challenges across industries in South East Asia.

PM New Zealand minat inisiatif Jabatan Audit Negara tingkat ketelusan
Wan Suraya dijemput sebagai tetamu kehormat Luxon di bawah program Felo ASEAN Perdana Menteri dari 11 hingga 13 Feb lepas di Wellington.

Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas.

48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.

KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI

KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.

Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.

KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.

Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.

KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.