Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merekodkan peningkatan sebanyak 39 peratus bagi permohonan sijil halal pengusaha makanan dan hotel.

Ketua pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata tahun ini saja sebanyak 516 sijil halal telah dikeluarkan berbanding 361 pada tahun lalu.

Jelasnya peningkatan permohonan sijil halal itu berikutan kesedaran pengusaha makanan dan hotel dalam memastikan makanan yang dihidangkan memenuhi keperluan.

Kedatangan bulan Ramadan juga antara sebab peningkatan permohonan sijil halal kerana hanya mereka yang mempunyai sijil berkenaan dibenarkan mempromosi buffet Ramadan.

Bagaimanapun jelasnya terdapat sijil halal yang dikeluarkan kepada pengusaha makanan telah tamat tempoh dan sedang diperbaharui.

Tambahnya sijil halal berkenaan akan ditarik balik,sekiranya pengusaha makanan menukar pembekal mereka setelah sijil dikeluarkan