KUALA LUMPUR : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mewujudkan lebih banyak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di daerah seluruh negeri Johor bagi memastikan rakyat mendapat capaian internet berkualiti, selain melonjakkan ekonomi mereka.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah itu seiring dengan sasaran dan hasrat kerajaan untuk mewujudkan satu PEDi di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang diumumkan baru-baru ini.
"Di Johor, sebanyak tiga PEDi baharu sedang dalam proses pelaksanaan iaitu PEDi Kampung Pagoh di Pagoh, PEDi Pulau Penarek di Ledang dan PEDi FELDA Linggiu di Tenggara.
"Manakala, 11 lagi masih dalam perancangan melibatkan kawasan di Tangkak, Bentayan, Simpang Jeram, Senggarang, Yong Peng, Mengkibol, Parit Yaani, Larkin, Stulang, Skudai dan Senai," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Penambahan 14 PEDi baharu itu katanya menjadikan bilangan PEDi di Johor meningkat kepada 101 pusat, berbanding dengan hanya 87 ketika ini.
PEDi FELDA Kahang Barat yang dilancarkan pada Sabtu merupakan titik tolak penting transformasi ekonomi dan digital kepada penduduk setempat.
"Pelaksanaan pelbagai inisiatif melalui PEDi seperti Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil, Rakan Digital PEDi serta program keusahawanan oleh agensi-agensi kerajaan akan terus memperkasa golongan usahawan kecil ke arah pendigitalan yang lebih inovatif dan berdaya saing," kata beliau lagi.
Annuar juga yakin dengan sinergi panel penasihat di setiap PEDi yang terdiri daripada wakil komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan peniaga akan memperkasa komuniti di kawasan luar bandar.
Panel penasihat PEDi ini juga akan memantau kesemua aktiviti di setiap PEDi agar program-program yang dijalankan mendapat sambutan dan berimpak tinggi.
Bagi melengkapkan penyediaan ekosistem ekonomi digital ini, kementeriannya melalui melalui MYNIC turut menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti program Kesedaran Keusahawanan Digital dan Latihan Intensif Keusahawanan Digital.
"Bimbingan yang intensif terbukti mampu memperkukuhkan keupayaan dan kapasiti Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam penggunaan platform e-Dagang," ujarnya.
Astro Awani
Sat Feb 19 2022
Penambahan 14 PEDi baharu menjadikan bilangan PEDi di Johor meningkat kepada 101 pusat, berbanding dengan hanya 87 ketika ini. - Gambar KKMM
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PEDi dikenali sebagai Nadi mulai 1 Mac - Fahmi
PEDi akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) berkuat kuasa 1 Mac.
Kerajaan Madani komited pastikan keseimbangan sosioekonomi rakyat - Fahmi
Kerajaan Madani komited memastikan keseimbangan sosioekonomi dengan memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkaitan literasi digital dan kemahiran keusahawanan dalam talian.
PEDi akan dijenama semula menjelang suku kedua 2024 - Fahmi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dijangka dijenamakan semula menjelang suku kedua tahun ini.
PADU mudahkan kerajaan negeri rancang belanjawan lebih tepat - Aminuddin
PADU memudahkan kerajaan negeri mendapat maklumat dan merancang belanjawan negeri dengan lebih tepat, kata Aminuddin Harun.
Jentera PEDi, MPP, Ahli Parlimen bantu rakyat daftar PADU - Fahmi
Pasukan PEDi dan Majlis Perwakilan Penduduk akan digerakkan bagi membantu masyarakat membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat dalam PADU.
14 PEDi di Perlis mudahkan rakyat mendaftar PADU
Jabatan Perangkaan (DOSM) Perlis membuka kaunter Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di 14 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Perlis secara berjadual untuk memudahkan penduduk di negeri itu membuat pendaf
Tambah baik PEDi, tingkat usahawan dalam ekonomi digital - Fahmi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan ditambah baik bagi mencapai sasaran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).
PEDi bantu tingkatkan sosioekonomi komuniti tempatan - Fahmi
Ia kini berfungsi sebagai pemangkin ekonomi digital bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan.
PM Anwar mahu syarikat telco komited bantu TVET, PEDi
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara perkara perlu diberi tumpuan adalah meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang digital, yang menurut beliau masih kurang di Malaysia.
Elaun pengurus, penolong pengurus PEDi dinaikkan RM500
Elaun bagi pengurus dan penolong pengurus Pusat Ekonomi Digital Negara (PEDi) dinaikkan RM500.