awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) akan dibuka - Khairy

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
06/07/2021
05:24 MYT
Lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) akan dibuka - Khairy
Sukarelawan membantu menguruskan proses penerimaan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLIA. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA : Lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin Industri akan dibuka dalam memastikan semua pekerja sektor perlu menerima suntikan vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menurut Menteri Penyelarasnya Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga akan memperluaskan pemberian vaksin bagi pekerja barisan hadapan dalam sektor penerbangan yang akan membabitkan semua lapangan terbang di seluruh negara.
“Dalam bulan Julai, CITF telah meluluskan untuk minggu pertama ini sebanyak 27 PPV industri dan kita telah menerima cadangan tambahan PPV industri daripada kementerian yang lain.
“Saya juga akan memberi perhatian pada sektor udara pada negeri-negeri lain... di lapangan-lapangan terbang di negeri negeri lain supaya pekerjanya turut dilindungi dengan vaksin COVID-19," jelasnya pada sidang media selepas melakukan lawatan di KLIA pada Selasa.
Jelasnya lagi, beberapa kementerian lain juga telah membuat permohonan agar PPVIN juga dibuka bagi sektor kementerian-kementerian terbabit sekali gus membolehkan pekerja-pekerja sektor berkenaan dilindungi daripada jangkitan COVID-19.
“Buat masa ini, kementerian-kementerian yang terlibat dalam program pemberian vaksin dalam sektor ekonomi adalah MITI, Kementerian Kerja Raya dan juga Kementerian Pengangkutan. Kini kita juga dimaklumkan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga bersedia untuk melibatkan industri mereka dalam program imunisasi," katanya.
Tambah Khairy, pihaknya setakat ini telah meluluskan pengoperasian PPVIN untuk sektor pengangkutan udara membabitkan pemberian vaksin terhadap 22,243 petugas barisan hadapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bermula 5 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#MITI
#Kuala Lumpur
#KLIA
#ekonomi
#penerbangan
#COVID-19
#Pusat Pemberian Vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#suntikan
#petugas barisan hadapan
#PPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan