awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih ramai bukan Bumiputera diseru sertai ATM

Bernama
Bernama
23/09/2023
08:44 MYT
Lebih ramai bukan Bumiputera diseru sertai ATM
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) bercakap kepada pemberita selepas acara Perbarisan Tamat Perajurit Muda Lelaki Siri 197/23 dan Wanita Siri 48/23 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) hari ini. - Foto BERNAMA
PORT DICKSON: Lebih ramai rakyat bukan Bumiputera diseru menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya dalam pasukan tentera darat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk promosi bagi mengalakkan pelbagai kaum bukan Bumiputera menyertai ATM, namun jumlah penyertaan masih rendah iaitu sekitar tiga peratus.
Katanya dorongan daripada ibu bapa serta sokongan badan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan penting supaya dapat menarik lebih ramai penyertaan rakyat kepada kerjaya sebagai tentera.
"Saya menyeru agar lebih ramai anak-anak kaum bukan Bumiputera tampil dengan menyertai kerjaya sebagai anggota tentera. Emolumen serta perkhidmatan tentera semakin baik. Kita mahu cari kalau boleh lebih daripada 10 peratus (penyertaan bukan bumiputera)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 197/23 dan Wanita Siri 48/23 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini hari ini.
Hadir sama bagi menyaksikan acara perbarisan tamat latihan yang melibatkan 661 perajurit lelaki dan 352 wanita untuk pengambilan kali ini ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Mohamad berkata penyertaan kali ini juga mendapat sambutan mengalakkan daripada perajurit muda yang memiliki sijil Diploma walaupun tahap kelayakan minimum adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Ramai melihat tentera sebagai ini satu kerjaya amat baik dan mereka faham kerjaya sebagai tentera ini membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran bagi membina kerjaya ke tahap lebih baik," katanya.
Sementara itu Mohamad berkata kementerian masih meneliti untuk meneruskan skim Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) melibatkan pesara tentera dan perkara itu akan dibincangkan dalam Kabinet.
"Untuk tahun depan kita sedang memikirkan cara supaya seboleh mungkin, kita mahu pastikan apa yang dinikmati (pesara tentera) sebelum ini diteruskan, perkara ini belum diputuskan lagi... ketika ini di peringkat penelitian dan penilaian," katanya.
Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Datuk Sharuddin Omar sebelum ini telah memohon kerajaan mempertimbangkan untuk meneruskan skim PKKP pada Belanjawan 2024 yang akan dibentang pada 13 Okt ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#bukan bumiputera
#ATM
#Kementerian Pertahanan
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan