SHAH ALAM: Polis merekodkan kutipan bayaran saman trafik berjumlah RM264,790 dalam tempoh dua hari pelaksanaan tawaran diskaun 50 peratus sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Selangor yang berlangsung sekitar pekarangan Stadium Shah Alam, di sini, bermula Jumaat.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, berkata setakat jam 4 petang Sabtu, sebanyak 2,392 keping saman trafik atas pelbagai kesalahan telah dilunaskan orang ramai di lokasi berdekatan tapak khemah jualan dan kaunter bayaran saman trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Katanya, tawaran diskaun tersebut akan berakhir hari ini dan orang ramai boleh menyelesaikan tunggakan saman trafik dengan berkunjung ke AKM Selangor atau di IPD Shah Alam dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
"Semua kesalahan saman trafik akan diberi pengurangan kecuali kesalahan kemalangan; kesalahan kategori tidak boleh dikompaun; berstatus perbicaraan; kenderaan berat; memotong secara merbahaya; menggunakan lorong kecemasan; tidak patuh lampu isyarat merah; memotong di garis berkembar dan pengubahsuaian ekzos kenderaan," katanya pada Bernama.
AKM Selangor yang dianjurkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu, membawa tema 'Usahawan Keluarga Malaysia Penggerak Ekonomi Negara' dan akan melibatkan kira-kira 100 reruai usahawan industri kecil dan sederhana serta 109 aktiviti sepanjang tiga hari penganjuran.
Pelbagai kaunter perkhidmatan kementerian dan agensi juga dibuka bagi jelajah tersebut selain program Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia dan Jualan Murah Keluarga Malaysia yang bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022
Setakat jam 4 petang Sabtu, sebanyak 2,392 keping saman trafik atas pelbagai kesalahan telah dilunaskan orang ramai.
Kenaikan gaji: Fahami konteks, berlaku adil buat perbandingan - Fahmi
Isu timbul selepas ada pihak mendakwa kenaikan paling tinggi adalah sebanyak 35 peratus pada era pentadbiran perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Gas ammonia bocor, 10 pekerja kilang dikejarkan ke hospital
Sepuluh pekerja dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas berlaku insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7.
RM30 juta ubah suai bangunan lama BNM jadi Galeri Shah Alam
Kerajaan Selangor akan menjadikan bangunan lama milik Bank Negara Malaysia (BNM) di Seksyen 14 di sini sebagai galeri lukisan.
Peremajaan bandar di Shah Alam mula dilaksana suku ketiga 2024
Projek peremajaan itu adalah seiring dengan usaha pihaknya dalam menjadikan Shah Alam sebagai sebagai bandar raya sifar karbon.
Jurulatih taekwando didakwa amang seksual fizikal terhadap 5 kanak-kanak
Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan.
Jurulatih cabul kanak-kanak: Polis terima satu lagi laporan
Seorang lagi kanak-kanak perempuan mendakwa menjadi mangsa cabul tenaga pengajar sebuah pusat mempertahankan diri dekat sini pada Rabu.
10 disah maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina - KP Selangor
Semua penumpang dan kru sebuah pesawat ringan yang terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam dilaporkan terkorban.
Kapal terbang terhempas di Elmina, Shah Alam
Sebuah pesawat dilaporkan terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam, pada Khamis.
Shah Alam dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di Seksyen 13, di sini mengalami banjir kilat susulan hujan lebat sejak jam 3 petang Rabu.
Mayat warga lelaki Indonesia dalam but kereta, tujuh lagi ditahan
Kesemua suspek yang ditahan merupakan lelaki warga Indonesia, dan kini direman tujuh hari bermula hari ini.
Polis siasat helikopter mendarat hantar pelajar ke sekolah
Tindakan sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang berhampiran taman perumahan berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 mencetuskan suasana gempar.