awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih RM7,000 nilai rampasan dalam 11 hari pertama tahun ini - KPDNKK

Bernama
Bernama
18/01/2018
11:28 MYT
Lebih RM7,000 nilai rampasan dalam 11 hari pertama tahun ini - KPDNKK
Datuk Mark Ujin (dua, kiri) melihat tanda harga yang dipaparkan semasa beramah mesra dengan peniaga ketika membuat tinjauan di premis perniagaan di Serambi Teruntum hari ini. Astro AWANI
Lebih RM7,000 nilai pelbagai jenis barangan dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Pahang hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap 1,269 premis di tujuh daerah di negeri ini dalam tempoh 11 hari pertama tahun ini.
Pengarah KPDNKK Pahang Datuk Mark Ujin berkata nilai rampasan itu adalah daripada 16 kes yang berjaya dikesan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah perihal dagangan termasuk Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972.
"Bermula 1 Jan lepas kita telah melakukan operasi di enam buah daerah di negeri ini iaitu Rompin, Raub, Bera, Jerantut, Pekan dan Temerloh. Didapati masih ramai peniaga yang melakukan perlbagai kesalahan terutama di bawah Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011.
"Sehubungan itu kita akan mempergiatkan operasi ini dari semasa ke semasa bagi memastikan kesemua peniaga mematuhi segala akta yang telah ditetapkan untuk melindungi kepentingan pengguna," katanya selepas mengetuai Ops Serambi Teruntum di Tanjung Lumpur di sini, hari ini.
Menurutnya jumlah kes paling tinggi dikesan ialah di Rompin iaitu enam kes melibatkan nilai rampasan RM4,115, diikuti Raub lima kes (RM912), Bera dua kes (RM350) , Jerantut dua kes (RM200) dan satu kes di Kuantan yang membabitkan nilai rampasan RM1,500, manakala Pekan dan Temerloh tidak mencatatkan sebarang kes.
Sementara itu dalam Ops Serambi Teruntum yang dijalankan hari ini sebanyak 92 premis telah diperiksa, namun tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh peniaga dikesan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#barangan
#kawalan harga
#KPDNKK
#nilai rampasan
#operasi
#Ops Serambi Teruntum
#Pahang
#pencatutan
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan