Pengurangan cukai pendapatan individu diumumkan dalam pembentangan Bajet 2018 akan membolehkan rakyat mempunyai lebih wang dalam saku mereka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Salleh mengambil perhatian bahawa dengan pengurangan kadar cukai sebanyak dua peratus bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 dan RM70,000 akan menjana pendapatan lebihan boleh guna untuk dibelanjakan isirumah berjumlah RM1.5 bilion, atau meningkatkan pendapatan yang boleh dibelanjakan rakyat antara RM300 sehingga RM1,000.
"Wang lebih itu akan menyumbang balik kepada ekonomi menerusi penggunaan. Dan akhirnya perniagaan juga akan memperoleh lebih banyak wang," katanya dalam catatan di blog beliau.
Bajet 2018 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Salleh, yang juga bendahari UMNO berkata, fokus perdana menteri adalah tentang bagaimana untuk membantu golongan memerlukan dan pada masa yang sama memastikan akaun seimbang agar negara masih mampu menjana pendapatan mencukupi untuk memacu pembangunan.
"Kerajaan perlu seimbangkan di antara aliran masuk dan aliran keluar dan bukan mengurangkan aliran masuk dan meningkatkan aliran keluar," katanya.
Salleh berkata Najib sedar bahawa bajet perlukan pertimbangan banyak faktor dan perancangan perlu turut mengambil kira keperluan jangka pendek dan jangka panjang, dan itulah yang terkandung dalam Bajet 2018.
Berhubung bajet alternatif dicadangkan pembangkang, beliau menegaskan dasar-dasar populis seperti menghapuskan cukai-cukai dan menawarkan semuanya secara percuma kepada rakyat adalah jelas tidak realisitik dan mampan.
"Hanya untuk mendapatkan sokongan dan menjadi popular sehingga sanggup mempertaruhkan masa depan negara adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2017
SALLEH: Wang lebih itu akan menyumbang balik kepada ekonomi menerusi penggunaan. Dan akhirnya perniagaan juga akan memperoleh lebih banyak wang. -Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.
Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.
KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.
Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.
Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.
ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).