awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebuh raya SPE dibuka secara rasmi 1 Nov - Nanta

Bernama
Bernama
25/10/2023
11:19 MYT
Lebuh raya SPE dibuka secara rasmi 1 Nov - Nanta
Nanta berkata lebuh raya itu sudah 99 peratus siap namun beberapa fasiliti seperti kemudahan tandas awam, lampu jalan yang melibatkan bekalan elektrik serta sistem kutipan tol dalam persiapan akhir. - Foto Facebook Alexander Nanta Linggi
KUALA LUMPUR: Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) dijangka dibuka secara rasmi kepada umum pada 1 Nov ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata lebuh raya itu sudah 99 peratus siap namun beberapa fasiliti seperti kemudahan tandas awam, lampu jalan yang melibatkan bekalan elektrik serta sistem kutipan tol dalam persiapan akhir.
"Saya memahami kegusaran pengguna jalan raya yang memohon laluan Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) dibuka secepat mungkin bagi membantu menyuraikan masalah kesesakan trafik di beberapa kawasan di Kuala Lumpur," katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.
Menurut Nanta Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa meletakkan keutamaan dalam memberikan kemudahan infrastruktur jalan raya kepada pengguna namun tidak berkrompomi dengan faktor keselamatan.
Atas dasar itu, KKR telah mengarahkan syarikat konsesi supaya memastikan setiap faktor spesifikasi dan kemudahan di laluan berkenaan lengkap dan sempurna sepenuhnya, katanya.
Tambah beliau ini selari dengan semangat kempen MYJalan yang memfokuskan kepada keselesaan pengguna jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#lebuh raya SPE
#tarikh pembukaan
#Setiawangsa-Pantai Expressway
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan