KUALA LUMPUR: Teruja, namun masih ada ruang untuk penambahbaikan di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), kata pengguna.
Sudah tentu, ramai bersetuju DASH yang dibuka bermula 12.01 tengah malam Jumaat lepas menyingkatkan masa perjalanan dari beberapa lokasi ke lokasi yang lain, namun khuatir kadar tolnya yang akan dikenakan kelak tinggi, menyebabkan ramai mengelak untuk menggunakannya sebagai jalan alternatif.
Penjawat awam Siti Adabiyah Sulaiman, 32, mengakui lebuh raya itu menjadikan pemanduannya dari Sungai Buloh ke ibu negara lebih selesa selain menjimatkan masa perjalanan dari 90 minit kepada 60 minit pada waktu puncak.
"Kesesakan di Plaza Tol Rawang Selatan dan Jalan Duta dapat dielakkan. Saya harap harga tol yang dikenakan nanti pada kadar berpatutan dalam menggalakkan penggunaannya," katanya kepada Bernama.
DASH yang dibina sejak Ogos 2016 menghubungkan Puncak Perdana dan Shah Alam, Selangor ke Penchala, Kuala Lumpur dan dijangka mampu mengurangkan kesesakan di Persiaran Mokhtar Dahari sebanyak 39 peratus, Jalan Sungai Buloh (33 peratus) dan Persiaran Surian (43 peratus).
Selain itu ia dijangka menjadi penyelesaian penyuraian trafik di kawasan pembangunan baharu seperti Kwasa Damansara dan Elmina di Selangor, selain sepanjang Shah Alam ke Damansara, Selangor.
Peniaga Steven Lee, 40, pula lega kerana mempunyai satu lagi jalan alternatif dari kediaman di Damansara Perdana ke tempat kerja di Kota Damansara yang menjimatkan masa dari 15 minit kepada 5 minit.
Juruukur bahan Hanis Amirah Hasnan, 34, yang menggunakan lebuh raya itu bermula dari Kota Damansara ke Penchala juga berharap kadar tol dikenakan pada harga berpatutan agar tidak membebankan pengguna.
Bagaimanapun, bagi penulis kandungan Arini Salleh, 31, keadaan trafik disifatkannya sangat teruk di susur keluar Puncak Perdana pada waktu puncak di sebelah petang disebabkan cerutan dari tiga arah kepada satu jalan di Persiaran Mokhtar Dahari.
Penjawat swasta Faris Fuad, 31, turut menyuarakan kebimbangan dengan situasi trafik di susur keluar Puncak Perdana yang dikhuatiri akan memburukkan aliran kenderaan di kawasan itu dan tidak mencapai matlamat sebagai penyelesaian penyuraian trafik di Persiaran Mokhtar Dahari.
"Sekiranya perjalanan lancar dalam lebuh raya sahaja tetapi bertambah sesak apabila menyambung perjalanan di jalan raya biasa, jadi masa perjalanan akan sama sahaja, sama ada guna lebuh raya atau tidak," katanya yang menetap di Setia Alam.
Bermula 14 Okt lepas hingga 30 Nov ini, pengguna DASH masih berpeluang untuk menikmati perjalanan secara percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022
DASH yang dibina sejak Ogos 2016 menghubungkan Puncak Perdana dan Shah Alam, Selangor ke Penchala, Kuala Lumpur. - Gambar fail BERNAMA
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas
Prolintas menegaskan tuntutan RM100 juta lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan DASH sebagai tidak berasas.
Perancah besi jatuh: KKR arah laporan lengkap dalam seminggu
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan jurutera perunding iaitu Zaidun Leeng Sdn Bhd (ZLSB) diarah menyediakan laporan lengkap dalam tempoh seminggu berhubung insiden perancah besi jatuh di kawasan pemb