awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lee Lam Thye cadang tiga pendekatan nasional bendung keganasan belia

Bernama
Bernama
14/12/2025
05:15 MYT
Lee Lam Thye cadang tiga pendekatan nasional bendung keganasan belia
Menurut Lee, keperluan pembaharuan pendidikan dan kewarganegaraan digital yang bertanggungjawab sebagai langkah proaktif dalam menangani krisis mendalam isu keganasan belia. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pengerusi Alliance for a Safe Community Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan tiga pendekatan nasional bagi menangani isu keganasan belia, dengan menekankan keperluan pembaharuan pendidikan, kewarganegaraan digital yang bertanggungjawab serta penglibatan ibu bapa yang lebih kukuh.

Ringkasan AI
  • Cadangan tiga pendekatan nasional untuk menangani isu keganasan belia oleh Pengerusi Alliance for a Safe Community, Tan Sri Lee Lam Thye.
  • Keperluan pembaharuan pendidikan dan kewarganegaraan digital yang bertanggungjawab sebagai langkah proaktif dalam menangani krisis mendalam isu keganasan belia.
  • Penglibatan ibu bapa yang lebih kukuh diperlukan dalam melawan isu keganasan belia dan pengaruh digital yang memudaratkan.

Beliau berkata kejadian tikaman maut melibatkan seorang pelajar perempuan di dalam kawasan sekolah di Bandar Utama pada Oktober lepas, selain peningkatan kes buli di sekolah, membuktikan isu berkenaan merupakan krisis mendalam yang tidak lagi boleh dipandang ringan.
"Ini bukan sekadar masalah disiplin, sebaliknya mencerminkan keruntuhan sahsiah dan nilai murni, yang diburukkan lagi oleh pengaruh digital yang memudaratkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lee berkata pendekatan pertama ialah pengintegrasian Pembelajaran Sosial dan Emosi (Social-Emotional Learning, SEL) ke dalam kurikulum teras, sebagaimana yang diamalkan di Denmark.
"Setiap pelajar perlu menerima pengajaran berterusan dan wajib dalam empati, penyelesaian konflik, dan literasi emosi bagi membina ketahanan dan rasa hormat," katanya.
Pendekatan kedua, menurut beliau, ialah melangkaui pengajaran asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan mendidik kanak-kanak serta ibu bapa menjadi warganegara digital yang kritis, beretika dan bertanggungjawab.
"Ia termasuk mengajar mereka menilai kandungan, memahami akibat tindakan digital mereka, serta mengenal pasti tingkah laku agresif dalam talian," katanya.
Lee berkata pendekatan ketiga menumpukan kepada pemerkasaan ibu bapa melalui program keibubapaan digital yang wajib dan mudah diakses.
"Tanggungjawab ini tidak boleh dipikul sepenuhnya oleh guru; ibu bapa mesti hadir, menjadi contoh nilai positif, dan secara aktif memupuk hubungan dunia sebenar yang tidak dapat digantikan oleh platform digital," katanya.
Beliau berkata walaupun undang-undang dan peraturan boleh menangani risiko berkaitan teknologi, keselamatan jangka panjang hanya dapat dicapai melalui pembentukan nilai yang kukuh.
"Kami menggesa kerajaan serta semua pihak berkepentingan untuk bertindak tegas melaksanakan langkah menyeluruh ini, bagi memastikan masa depan anak-anak kita dibentuk oleh hubungan, empati dan rasa hormat, bukannya keganasan dan pengasingan digital," katanya.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Lee Lam Thye
#keganasan belia
#pendekatan nasional
#pembaharuan pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan