awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Lee yakin hubungan Singapura-Malaysia akan berkembang maju di bawah naungan Sultan Ibrahim

Bernama
Bernama
20/07/2024
13:40 MYT
Lee yakin hubungan Singapura-Malaysia akan berkembang maju di bawah naungan Sultan Ibrahim
Menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim di Istana Negara pada Sabtu, Lee mendoakan yang terbaik untuk Seri Paduka Baginda dalam peranan baharu ini. - Facebook Lee Hsien Loong
SINGAPURA: Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong yakin hubungan Singapura dan Malaysia akan terus berkembang maju di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
Berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim di Istana Negara pada Sabtu, Lee mendoakan yang terbaik untuk Seri Paduka Baginda dalam peranan baharu ini.
"Berbesar hati untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim. Sultan Ibrahim dan saya adalah sahabat lama yang telah saling mengenali sekian lama," catatnya di Facebook, pada Sabtu.
Lee yang pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Singapura selama hampir 20 tahun, berkata kali terakhir mereka bertemu pada Mei, ketika Sultan Ibrahim datang ke Singapura dalam lawatan negara pertama sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
"Seri Paduka Baginda dengan baik hati memanjangkan jemputan kepada saya ketika itu," tambahnya. Lee ditemani isterinya, Ho Ching.
Pejabat Perdana Menteri Singapura (PMO) dalam satu kenyataan pada Khamis, berkata Lee adalah antara kumpulan pemimpin asing terpilih yang dijemput oleh Seri Paduka Baginda untuk menghadiri istiadat pertabalan berkenaan.
Lee juga dijadualkan menghadiri Santapan Diraja pada malam Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#Pertabalan
#Lee Hsien Loong
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.