awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki amuk di lebuh raya positif dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
15/06/2022
04:50 MYT
Lelaki amuk di lebuh raya positif dadah
Mior Faridalathrash (gambar) berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek warga tempatan berusia 36 tahun itu positif ganja. -Gambar fail/Bernama
KUALA KANGSAR: Lelaki yang tular mengamuk selepas memberhentikan kenderaan di lorong kanan Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada Ahad lalu didapati positif dadah.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek warga tempatan berusia 36 tahun itu positif ganja.
Menurutnya, suspek ditahan di rumahnya di Taman Setapak Permai, Kuala Lumpur pada Isnin telah direman selama empat hari.
"Siasatan mendapati suspek hilang kawalan emosi kerana di bawah pengaruh dadah.
"Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak pendakwa raya negeri pada Rabu untuk mendapatkan arahan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini.
Media pada Ahad melaporkan polis sedang menyiasat kejadian lelaki dipercayai mengamuk selepas menerima laporan daripada pemandu kenderaan yang berada di lokasi kejadian kira-kira jam 7.12 petang.
Siasatan dijalankan selepas tular gambar seorang lelaki berdiri di lorong kanan lebuh raya itu yang mana suspek memberhentikan kereta sebelum keluar dan mengamuk sambil memegang rantai emas serta memanjat kereta berdekatan selain menendang kereta pengguna lebuh raya yang lain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 283 Kanun Keseksaan.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mior Faridalathrash Wahid
#Lebuhraya Utara Selatan
#Lelaki tular mengamuk
#positif dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan