awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bakar isteri dihukum mati mandatori

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2016
05:49 MYT
Lelaki bakar isteri dihukum mati mandatori
Tertuduh didakwa membunuh isterinya, Lai Siew Fong, yang berumur 36 tahun ketika itu di hadapan dua anak pasangan itu di kediaman mereka di Taman Bayu Mutiara, Seberang Perai
Mahmakah Tinggi Pulau Pinang pada Selasa menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki atas pertuduhan membunuh isterinya dengan membakar mangsa di kediaman mereka di Bukit Mertajam, tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hasan mengarahkan tertuduh, Chiam Nguang Huat, 42, dihukum gantung sampai mati setelah Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pihak pendakwaan.
Tertuduh didakwa membunuh isterinya, Lai Siew Fong, yang berumur 36 tahun ketika itu di hadapan dua anak pasangan itu di kediaman mereka di Taman Bayu Mutiara, Seberang Perai tengah kira-kira jam 4 petang, 24 Jun 2013.
Mangsa, yang koma akibat kecederaan melecur 70 peratus di bahagian badan, meninggal dunia 40 hari kemudian ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Tertuduh didakwa bertindak membakar isterinya sewaktu pasangan itu bertengkar kerana mangsa, yang juga peniaga kuih, enggan meminjamkan wang RM10,000.
Chiam, yang menghilangkan diri selepas kejadian, ditahan di Kuala Lumpur sebelum didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan pada 24 Febuari 2014.
Dalam hujah penghakimannya, Nordin berkata Mahkamah membuat keputusan tersebut setelah meneliti semua keterangan dari pihak pendakwaan dan pembelaan, termasuk dua anak pasangan itu.
Menurutnya, tertuduh juga telah menunjukkan perlakuan ganas dengan kerap memukul mangsa dan mendesak mangsa meminjamkannya wang RM10,000.
Ujar beliau lagi, tertuduh juga langsung tidak mengambil sebarang inisiatif untuk melawat mangsa selepas kejadian.
Jesteru, beliau berkata Mahkamah merumuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas Chiam.
Tertuduh, yang tampil memakai baju kemeja T merah dan sepasang seluar khakis, tidak memberi sebarang reaksi ketika jurubahasa Mahkamah memaklumkan hukuman tersebut kepadanya.
Chiam kelihatan hanya mengangguk kepada ahli keluarganya yang hadir di Mahkamah.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amir Hamzah Osman manakala tertuduh diwakili peguam, Y. Anbananthan.
Topic Berkaitan
#Chiam Nguang Huat
#hukuman mati
#jenayah
#Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan