SEREMBAN: Seorang lelaki warga Bangladesh dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan nombor pasport dan nama individu lain bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, bulan ini.
Tertuduh, Mizan Nur Rahman, 26, turut dipenjara tiga bulan kerana didapati tidak memiliki pas yang sah untuk masuk ke negara ini.
Majistret Norzaliza Tesmin memerintahkan hukuman berkenaan dijalankan serentak berkuat kuasa hari ini dan tertuduh dihantar ke Penjara Jelebu bagi menjalani hukuman berkenaan.
Mengikut pertuduhan pertama, Mizan didapati memperdaya seorang petugas di pusat pemberian vaksin (PPV) untuk mendapatkan suntikan vaksin dengan mengatakan dirinya adalah pemilik kepada nombor pasport milik seorang individu lain.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di PPV Institut Pengajian Tinggi Mega Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, kira-kira 10 pagi pada 13 Sept lepas, yang mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua pula, Mizan yang juga pekerja pembersihan di Hospital Tuanku Ja'afar di sini, didapati tidak memiliki apa-apa pas yang sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6 (3) akta sama.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali dan boleh juga dikenakan maksimum enam sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
Tertuduh, Mizan Nur Rahman, 26, turut dipenjara tiga bulan kerana didapati tidak memiliki pas yang sah untuk masuk ke negara ini. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
SPRM tahan warga asing bergelar Datuk disyaki kemuka butir matan palsu RM1.1 juta
Menurut sumber, lelaki itu ditahan kira-kira 9 malam semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Selangor.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Warga Bangladesh maut disyaki dibunuh rakan serumah
Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan maut disyaki dibunuh rakan senegara dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah kongsi di Taman Lagenda Fasa 3, Teluk Intan, hari ini.
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar jadi atlet untuk masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lepas.
Wanita OKU diselamat selepas dipukul, diculik jiran warga Bangladesh
Seorang wanita OKU diculik, dipukulserta dikurung oleh dua lelaki warga Bangladesh yang juga jirannya di dalam sebuah bilik di Ayer Keroh.
Lelaki warga Bangladesh didakwa heret kucing sambil menaiki motosikal
Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kesakitan ke atas seekor kucing.
Counter setting: Pengarah syarikat warga Bangladesh direman SPRM
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat warganegara Bangladesh yang disyaki menjadi ejen sindiket memberi rasuah membawa masuk warga asing menerusi 'counter setting'.
Pekerja kilang, anak tiri maut dalam perjalanan ke sekolah
Seorang pekerja kilang dan anak tirinya maut selepas terbabit kemalangan di Jalan Kampung Pulau Mansok-Jerantut.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan habeas corpus warga Bangladesh
Hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan habeas corpus Md Sagahan yang ditahan susulan serbuan Imigresen pada 15 Nov 2023.