awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol lihat situasi Gaza umpama malapetaka, ulangi sokongan kepada Palestin
Tentera Laut Diraja Arab Saudi atur kedudukan di Laut Arab bagi operasi antipenyeludupan
Saksi gambarkan suasana cemas selepas kebakaran maut di pusat peranginan Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Bangladesh keluar kenyataan gugat ketenteraman awam ditahan

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2021
12:15 MYT
Lelaki Bangladesh keluar kenyataan gugat ketenteraman awam ditahan
Ayob Khan menunjukkan gambar lelaki warga Bangladesh yang ditahan kerana mengeluarkan kenyataan khianat pada sidang akhbar di PPR Larkin, Johor Bahru pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan polis Johor, kerana disyaki mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman di media sosial.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek yang berusia lingkungan 29 tahun itu ditahan di Muar, Johor pada 7.30 malam pada Jumaat (semalam).
Hasil pemeriksaan turut mendapati permit pekerjaan suspek telah tamat tempoh.
Manakala suspek juga disyaki telah menetap di Malaysia melebihi had masa yang ditetapkan.
“Pada 5 November ada satu video yang ditularkan seorang warga asing yang mengeluarkan kenyataan berkaitan agama Hindu, agama Islam dan perayaan Deepavali. Mendatangkan kegusaran dan pecah keamanan," pada sidang akhkbar selepas Ops Sarang Khas Projek Perumahan Rakyat (PPR) 1.0 di PPR Larkin di sini pada Sabtu.
Menurut Ayob Khan lagi, suspek telah ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Topic Berkaitan
#warga Bangladesh
#ayob khan mydin pitchay
#kenyataan menghina
#polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan