awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Bangladesh pandu lawan arus, lari sekatan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
06/12/2022
23:15 MYT
Lelaki Bangladesh pandu lawan arus, lari sekatan polis
Pemandu lelaki warga Bangladesh yang ditahan kerana memandu melawan arus semasa sekatan jalan raya di KM7 Jalan Sungai Buloh, Selangor pada Isnin. -Foto Sinar Harian
SUNGAI BULOH: Seorang lelaki nekad memecut melawan arus kenderaannya yang membawa muatan rokok seludup bagi mengelak daripada ditangkap semasa sekatan jalan raya di Kilometer (KM) 7 Jalan Sungai Buloh di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, tindakan lelaki warga Bangladesh itu dilakukan semasa Operasi Khas Saman Warganegara Asing yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.
Menurutnya, ketika operasi, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza telah berpatah balik melawan arus bagi mengelak daripada pemeriksaan.
"Anggota bertugas kemudian bertindak mengejar kenderaan itu sebelum berjaya ditahan kira-kira jam 12.10 tengah hari di Tol Elmina Lebuhraya Guthrie.
"Pemeriksaan di dalam kenderaan itu menjumpai 1,126 kotak rokok seludup dianggar bernilai RM7,000," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan mendapati pemandu berusia 25 tahun itu dipercayai berperanan sebagai transporter.
Katanya, suspek dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar bekalan rokok itu ke sebuah kedai di Kampung Baru Subang.
"Suspek kini direman 14 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," tegasnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lelaki warga Bangladesh
#memandu melawan arus
#Jalan Sungai Buloh
#rokok seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan