awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bergelar 'Datuk Seri' ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM150,000

Bernama
Bernama
10/07/2024
15:30 MYT
Lelaki bergelar 'Datuk Seri' ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM150,000
Lelaki berusia 50-an itu ditahan 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM dan direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 12 Julai depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Seorang penasihat strategik kewangan bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bagi tujuan kerja-kerja penggabungan syarikat bernilai kira-kira RM150,000.
Sumber SPRM memaklumkan lelaki berusia 50-an itu ditahan 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM dan direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 12 Julai depan.
"Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2022 dengan membuat tuntutan palsu bagi perkhidmatan korporat penggabungan dua entiti syarikat sedangkan perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tuntutan palsu
#SPRM
#penasihat strategik kewangan
#kerja penggabungan syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan