AMPANG: Tindakan seorang lelaki mengugut seorang tukang masak serta mengetuk bonet kereta peronda polis dengan kayu mengundang padah apabila dia ditahan di sebuah kedai makan di Taman Medan Bukit Permai, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.15 petang.
"Tukang masak berusia 33 tahun mendakwa seorang lelaki berusia 27 tahun telah masuk ke dalam kedai makan dengan membawa sebatang besi dan sebatang kayu.
"Kemudian suspek telah mengetuk semua meja di dalam restoran dengan menggunakan kayu dan besi yang dibawa," katanya melalui kenyataan pada Isnin.
Mohamad Farouk berkata, suspek turut memanggil pengadu dan memintanya diam, jika tidak suspek ugut akan mencederakan tukang masak itu dengan besi yang dibawa.
"Sepasukan anggota polis telah datang ke lokasi. Suspek bertindak agresif dan berlaku pergelutan semasa tangkapan, namun kita berjaya memberkas suspek.
"Kita merampas sebatang besi dan sebatang kayu," katanya.
Beliau berkata, suspek juga telah melakukan khianat dengan mengetuk bonet kereta peronda polis menggunakan kayu.
"Punca kejadian suspek bertindak sedemikian adalah dipercayai halusinasi akibat dadah," katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, suspek mempunyai lapan rekod berkaitan dadah dan jenayah kekerasan.
"Hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.
Mohamad Farouk berkata, suspek direman selama empat hari bermula Isnin hingga Khamis.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 186, 427, 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah 1952," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 13 2021
Sebatang besi yang dirampas daripada seorang lelaki yang ditahan di sebuah kedai makan di Taman Medan Bukit Permai, Ampang pada Isnin. -Foto Sinar Harian
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Lelaki buat kacau di restoran, ketuk kereta polis ditahan
Lelaki buat kacau di restoran, ketuk kereta polis ditahan