awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
15/05/2024
06:45 MYT
Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis
Paparan tular menunjukkan seorang individu mendakwa dagunya terkoyak akibat terkena benang yang melintang di SUKE Isnin lalu.
AMPANG: Seorang lelaki yang mendakwa dagunya cedera akibat terkena benang yang melintang di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) selepas susur keluar Taman Kosas menghala ke Tol Bukit Teratai, telah membuat laporan polis pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 10.21 pagi.
"Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan terperinci berkaitan kes itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan pemilik akaun X yang dikenali sebagai MuasRosdi akan tampil membuat laporan pada Rabu.
Dia turut memaklumkan pihak SUKE juga sudah menghubungi dan mengambil keterangan berkaitan kejadian itu serta berharap rondaan untuk semak keadaan jalan dapat diperbanyakkan selepas ini.
Sebelum ini tular satu paparan berkaitan insiden di laman sosial.
Paparan tersebut menunjukkan seorang individu yang menyatakan bahawa dagunya terkoyak akibat terkena benang yang melintang di jalan tersebut pada jam 6.30 petang, Isnin. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cedera kena benang
#suke
#penunggang motosikal
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan