Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan samun bersenjatakan parang di sebuah kedai serbaneka, dua tahun lalu.
Mohamed Shaznee Jahn Mohamed Yasin, 22, didakwa bersama-sama dua lagi rakan yang telah dituduh dengan niat bersama melakukan samun bersenjatakan parang terhadap Zaini Osman, 41, pekerja kedai KK Supermart & Superstore, dengan mengambil peti wang dan wang tunai berjumlah RM305 membabitkan nilai kerugian RM1,805.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di kedai itu di Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini pada 6.06 pagi, 21 Jun 2015 mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh.
Hakim Datin M. Kunasundary tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin dan menetapkan 8 Feb untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2017
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan samun bersenjatakan parang. - Gambar hiasan
Sebuah video serangan keatas Israel dikeluarkan Hamas
Sebuah rakaman dikeluarkan Hamas pada Jumaat, mendakwa melakukan serangan ke atas tentera Israel di kawasan kejiranan di Bandar Gaza dan melepaskan bom di Beersheba, Israel.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
PRK KKB: Berkerusi roda, bertongkat demi pilih wakil rakyat
Kerusi rodanya meluncur perlahan memasuki pusat pengundian selepas melakukan perjalanan 500 meter dari kediamannya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Lelaki didakwa samun kedai serbaneka
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan samun bersenjatakan parang di sebuah kedai serbaneka, dua tahun lalu.