PETALING JAYA: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin terhadap tuduhan mengugut seorang doktor dengan menghantar botol berisi kepala dan kaki ayam bulan lalu.
T Sukminder Singh, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Iskandar Zainol.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menakutkan secara jenayah terhadap seorang doktor berusia 55 tahun dengan menghantar parcel melalui pos.
Kiriman itu mengandungi nota ugutan dan satu botol kecil berisi sepasang kaki serta kepala ayam.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah klinik di Kota Damansara pada jam 3 petang, 8 Jun lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zafirah Syed Mustapa mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM3,000.
Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Datuk Suraj Singh merayu supaya anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah dengan alasan tertuduh hilang pekerjaan ekoran pandemik COVID-19 ketika ini.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Muhammad Iskandar membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 12 Oktober depan.
Artikel asal di Sinar Harian: Penganggur didakwa ugut doktor hantar kepala, kaki ayam
Sinar Harian
Mon Jul 19 2021
T Sukminder Singh mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mengugut seorang doktor dengan menghantar botol berisi kepala dan kaki ayam bulan lalu. -Gambar hiasan
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
Lelaki didakwa ugut doktor hantar kepala, kaki ayam
T Sukminder Singh, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Iskandar Zainol.