KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang peniaga nasi lemak RM10,000, kerana memukul anak tirinya yang berusia enam tahun dengan rotan sehingga cedera, ekoran gagal menjawab soalan Matematik.
Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu, selepas lelaki berumur 38 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah turut mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun tanpa cagaran terhadap tertuduh, selain menjalani khidmat kaunseling keibubapaan yang dianjurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), serta menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam untuk disempurnakan dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan isterinya yang berkahwin pada 2020 berniaga nasi lemak dan mangsa akan bangun seawal 5 pagi, setiap hari untuk membantu ibu dan bapanya mengelap telur, menyusun barang dan menutup lauk.
Kanak-kanak lelaki itu kemudian membuat kerja sekolah dan tertuduh memarahi mangsa lalu merotannya kerana tidak boleh menjawab soalan Matematik.
Mangsa memberitahu guru di sekolah bahawa dia dipukul ayahnya dan beberapa pegawai JKM membawa mangsa berjumpa doktor, dan mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan soft tissue injury over posterior left knee dan posteriour right cart yang berpunca daripada rotan.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak lelaki itu dengan memukulnya menggunakan rotan, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal di sebuah rumah di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju di sini, pada 6 pagi, 23 Jun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan ibu bapa lain agar tidak melakukan perbuatan sama.
"Gelaran ayah bukan lesen untuk memukul mangsa bagi tujuan mendisiplinkan anak dan hanya kerana tidak boleh menjawab soalan matematik, mangsa tidak sepatutnya dipukul seperti itu. Mangsa memerlukan kasih sayang seorang ayah kerana ayah kandung dan ibunya telah bercerai," katanya.
Peguam Arik Zakri Abdul Kadir mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum kerana anak guamnya menanggung keluarga dan isterinya yang mengandung empat bulan, selain telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu, selepas lelaki berumur 38 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. - Gambar hiasan/Pexels
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
Najib kirim soalan matematik untuk PH
Bekas Perdana Menteri itu bertanya mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini digantung kerajaan dan kosnya sedang dirunding semula.
Jika 26 ekor biri-biri, 10 ekor kambing berada dalam sebuah kapal, berapa usia kapten?
Lima orang pelajar di sebuah sekolah di Nanchong, kawasan Sichuan, diberi soalan untuk meneka berapakah umur kapten kapal sekiranya terdapat 26 ekor biri-biri dan 10 ekor kambing dalam kapal tersebut.