awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
18/01/2023
00:40 MYT
Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing
Mangsa, Muhammad Ikhram dipercayai terjatuh daripada tebing di Jambatan Mempatih, Lanchang di sini malam tadi. - Foto JBPM
TEMERLOH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Jambatan Mempatih, Lanchang di sini malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Ikhram, 23, memancing bersama rakannya sebelum terjatuh dari tebing kira-kira jam 9.57 malam.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihak bomba menerima maklumat daripada polis pada jam 10.56 malam berhubung kejadian tersebut.
"Sepasukan lapan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki dua jentera.
"Maklumat awal daripada saksi memberitahu terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pasukan bomba kemudiannya bertindak memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar tempat kejadian sebelum ditangguhkan pada pagi ini.
Menurutnya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin telah dimaklumkan bagi membantu operasi ini dan sehingga kini mangsa masih belum ditemui.
Topic Berkaitan
#Memancing
#Jambatan Mempatih
#lemas
#Muhammad Ikhram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan