awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dilanggar ETS di Nibong Tebal

Bernama
Bernama
26/01/2017
16:01 MYT
Lelaki dilanggar ETS di Nibong Tebal
Mayat seorang lelaki ditemui dengan kepalanya terputus dipercayai dilanggar ETS di Perkampungan Jawi, Sungai Bakap. - Gambar hiasan
Mayat seorang lelaki ditemui dengan kepalanya terputus dipercayai dilanggar kereta api di Perkampungan Jawi, Sungai Bakap di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abdul Samad berkata mayat tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemui penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu pada pukul 5 petang.
"Menurut saksi, mangsa dipercayai maut dilanggar Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) di Kilometer 29.25 landasan berkenaan menghala arah selatan," katanya di sini hari ini.
Katanya polis yang menjalankan siasatan dan pemeriksaan di tempat kejadian menemui kepala mangsa berada 10 meter dari lokasi mayat ditemui.
Beliau berkata terdapat kesan koyak pada pagar di kawasan landasan itu dan dipercayai ia dijadikan sebagai laluan pintas antara Perkampungan Jawi dan Kampung Titi Hitam.
Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan orang ramai yang kehilangan anggota keluarga diminta hadir ke hospital itu atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membuat pengecaman, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ETS
#Hospital Seberang Jaya
#Kampung Titi Hitam
#Supt Shafee Abdul Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan