JERANTUT: Seorang lelaki berusia 20-an dilaporkan hilang di Hutan Gunung Senyum berdekatan Jengka 25, pada kira-kira 5.12 petang, pada Khamis.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka memaklumkan pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pemanggil yang melaporkan kejadian lelaki hilang itu.

“Anggota bomba dan pihak polis sedang mencari pemanggil yang melaporkan kejadian itu untuk mendapat maklumat selanjutnya.

“Kes ini telah dimaklumkan kepada Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON) dan selain itu Unit Special Tactical Operation dan Rescue Team of Malaysia (STORM) turut dimaklumkan.

Katanya, pasukan Multi Skill Team (MUST) serta Balai Bomba Sukarela turut sedang dalam keadaan siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.