awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipukul kepala sebelum dicampak ke laut dengan kaki, tangan diikat guni pasir

Bernama
Bernama
06/10/2021
16:12 MYT
Lelaki dipukul kepala sebelum dicampak ke laut dengan kaki, tangan diikat guni pasir
Punca kematian ialah kecederaan di kepala akibat trauma tumpul dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan. - Gambar hiasan
PARIT BUNTAR: Mayat seorang lelaki dewasa, dipercayai mangsa perbuatan khianat, ditemukan tersangkut pada pukat di perairan Laut Ban Pecah, Sungai Burung di Tanjung Piandang semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian Superintenden Mazuki Mat berkata polis menerima maklumat awam mengenai penemuan itu pada 10.04 malam dan mayat telah dibawa ke jeti Polis Marin Kuala Kurau.
Beliau berkata mayat lelaki itu, yang dianggarkan berusia lingkungan 16 hingga 35 tahun serta meninggal dunia dalam tempoh beberapa hari, ditemukan dalam keadaan kaki dan tangan terikat dengan guni berisi pasir yang bertujuan menenggelam mangsa ke dasar laut.
"Pemeriksaan forensik di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati keadaan mayat telah membusuk," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Mazuki berkata punca kematian ialah kecederaan di kepala akibat trauma tumpul dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan.
Katanya sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat ASP Ambri Mat Nayan di talian 011-1309 2525.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat lelaki
#dicampak ke laut
#diikat guni pasir
#Tanjung Piandang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan