awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki direman enam hari cuba rasuah polis RM60,000

Bernama
Bernama
02/06/2023
08:12 MYT
Lelaki direman enam hari cuba rasuah polis RM60,000
Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini ketika hadir memberi keterangan pada 10.40 malam tadi. -Gambar hiasan
MELAKA: Seorang lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan atas dakwaan cuba menawarkan wang rasuah berjumlah RM60,000 kepada seorang pegawai kanan polis berpangkat DSP.
Rasuah itu adalah bagi melepaskan dirinya yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan penipuan.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman, bermula hari ini hingga 7 Jun.
Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini ketika hadir memberi keterangan pada 10.40 malam tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.
Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rasuah
#SPRM
#pegawai kanan polis
#DSP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan